Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Mencari ilmu di Tenggaroh 7
Mencari ilmu di Tenggaroh 7 Print E-mail
Hear this article

Seiring dengan usaha untuk melahirkan modal insan yang mempunyai pelbagai kemahiran dan ilmu, golongan mahasiswa sering didedahkan dengan aktiviti dan program berfaedah.

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) turut melaksanakan pelbagai usaha bagi memastikan lulusannya diperakui mempunyai ilmu dan kemahiran tinggi, bukan sahaja dalam bidang yang diambil malah perhubungan dan kehidupan bermasyarakat.

Baru-baru ini seramai 40 mahasiswa UTHM berkampung selama tiga hari menyertai Program Rakan Muda Wawasan Desa IPT 2009 di Felda Tenggaroh 7, dekat sini baru-baru ini.

Program itu anjuran bersama UTHM dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persatuan Belia Felda Tenggaroh 7.

Penolong Pendaftar Kokurikulum, Sukan dan Kebudayaan UTHM, Ahmad Khirul Nizam Ali berkata, program tersebut bertujuan menanamkan nilai kepimpinan di kalangan generasi muda terutamanya membantu kerajaan mengukuh dan membangunkan jalinan integrasi yang erat di kalangan masyarakat setempat.

"Mahasiswa yang menyertai program ini terdiri daripada berbilang kaum, selaras dengan konsep 1Malaysia yang dilaungkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada Utusan Malaysia.

Menerusi program itu , peserta diharap dapat mempelajari dan merasai budaya, adat resam dan cara hidup penduduk negeri Johor.

"Bagi penuntut UTHM, inilah masanya untuk mereka memupuk semangat kerja berpasukan dan bekerja dengan masyarakat," katanya.

Selain peserta, masyarakat terutamanya keluarga angkat di Felda itu turut mendapat kesan positif khususnya mengeratkan hubungan serta meningkatkan pencapaian akademik di kalangan anak-anak Felda yang masih bersekolah.

Sementara itu, Penolong Pegawai Belia dan Sukan UTHM, Mohd. Hazrin Abdul Rahman berkata, antara pengisian program adalah ceramah agama, kem motivasi pelajar untuk anak-anak peneroka Felda, bergotong-royong dan sukaneka.

"Selain itu, mereka turut membuat lawatan ke kolam ternakan ikan keli Felda Tenggaroh 7, beriadah di Pantai Tanjung Leman serta perlawanan persahabatan bola sepak dan bola jaring antara golongan belia kampung berkenaan dan peserta,'' katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut merancang untuk membuat program susulan supaya ikatan silaturrahim yang terjalin antara peserta dan keluarga angkat masing-masing tidak terputus selepas program berkenaan.

"Sebagai tanda kenang-kenangan, mahasiswa UTHM dan penduduk Felda telah bersama-sama mendirikan sebuah mercu tanda di pintu masuk ke Felda Tenggaroh 7 kerana dengan adanya mercu tanda ini segala memori dan pengalaman yang dilalui akan diingati buat selama-lamanya," katanya.

Last Updated ( Jumaat, 28 Ogos 2009 )
 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
18 May 2013 20:09
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.