Login | FAQs | About UTHM Portal
Laman Utama arrow Arkib Berita arrow Wahba Group Sumbang RM 135,000 untuk Pelajar UTHM
Wahba Group Sumbang RM 135,000 untuk Pelajar UTHM Cetak Emel
Hear this article

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pusat Islam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran, Penyerahan Sumbangan Ihya Ramadhan dan Pelancaran Tabung Badriah 1430H pada 5 September yang lalu.

 

Majlis berkenaan telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Ir. Wahab Suhaili, Pengerusi Eksekutif Wahba Group Sdn. Bhd beserta delegasinya yang terdiri daripada ahli keluarga dan kakitangan Wahba Group Sdn. Bhd. Beliau yang juga seorang ahli korporat yang cemerlang, merupakan Penerima Anugerah Ijazah Kehormat Sarjana Kejuruteraan Awam, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia pada Majlis Konvokesyen Kelapan baru-baru ini. Dalam majlis tersebut, beliau telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM 135,000 di mana sejumlah RM 35,000 disumbangkan untuk menampung perbelanjaan majlis berbuka puasa pelajar-pelajar yang diadakan di Masjid Jamek UTHM, manakala RM 100,000 lagi disalurkan ke dalam Tabung Badriah yang diwujudkan khas bagi tujuan kebajikan para pelajar UTHM yang memerlukan bantuan. Dalam ucapannya, YBhg. Dato’ Ir. Wahab Suhaili menyatakan hasratnya untuk menyumbang sebanyak RM 100,000 setahun ke dalam tabung ini bagi tempoh sekurang-kurangnya 5 tahun. Dalam majlis tersebut seramai 22 orang pelajar yang kurang berkemampuan telah menerima sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM 300 seorang daripada Tabung Badriah yang telah dilancarkan bersempena majlis tersebut. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Datin Badriah Ismail, isteri kepada YBhg. Dato’ Ir. Wahab Suhaili.

 

Majlis turut menjemput penceramah jemputan yang didatangkan khas dari Majlis Agama Islam Negeri Johor iaitu Tuan Syed Ahmad Syed Abdullah, Ahli Majlis Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Johor. Majlis telah diakhiri dengan acara berbuka puasa bersama tetamu VIP dan tetamu-tetamu lain serta solat jemaah yang diadakan selepas majlis berbuka puasa.

 

 

 

 

 

 

 

 

Pilihan Bahasa

W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
17 May 2012 05:19
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. Hak cipta terpelihara.

Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibilty View activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.


[+]
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • fresh color
  • warm color