Login | FAQs | About UTHM Portal
Laman Utama arrow Arkib Berita arrow UTHM Raikan 1 Syawal bersama pelajar antarabangsa
UTHM Raikan 1 Syawal bersama pelajar antarabangsa Cetak Emel
Hear this article

Sempena kedatangan bulan Syawal yang penuh keberkatan, pihak Universiti dengan kerjasama Pejabat Antarabangsa dan Pejabat Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan Jamuan Hari Raya dan Sambutan Syawal bagi para pelajar antarabangsa, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Majlis tersebut telah diadakan pada pagi 20 September 2009 yang lalu bersamaan dengan 1 Syawal 1430H.

Majlis yang diadakan di Masjid Jamek UTHM telah dimulai dengan Solat Sunat Hari Raya diikuti dengan khutbah hari raya dan disusuli dengan majlis jamuan yang diadakan di perkarangan Masjid Jamek UTHM.

Kira-kira 200 orang pelajar antarabangsa hadir pada majlis tersebut. Para pelajar telah dijamu dengan hidangan seperti ketupat dan rendang, sphagetti dan nasi bariani. Majlis telah dihadiri oleh Pengarah Pejabat Antarabangsa, Dr. Mustaffa bin Ibrahim serta Timbalan Pendaftar (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), En. Abdul Malek bin Ibrahim serta beberapa orang staf akademik dan bukan akademik.

Manakala pada sebelah petang pula para pelajar antarabangsa serta pelajar dari Sabah dan Sarawak yang tidak pulang berhari raya di kampung halaman mereka turut diundang ke Majlis Jamuan Hari Raya di kediaman Naib Canselor UTHM Prof. Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin.

Dengan adanya majlis seperti ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa kerinduan para pelajar dan staf terhadap kampung halaman mereka dan sekaligus dapat mengeratkan tali silaturrahim sesama staf dan pelajar.
Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 02 Oktober 2009 )
 

Pilihan Bahasa

W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
17 May 2012 05:19
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. Hak cipta terpelihara.

Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibilty View activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.


[+]
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • fresh color
  • warm color