Login | FAQs | About UTHM Portal
Laman Utama arrow Arkib Berita arrow Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009 UTHM Meriah
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009 UTHM Meriah Cetak Emel
Hear this article

     Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009 pada 9 Oktober 2009 (Jumaat) lalu. Ia diadakan di Dewan Terbuka UTHM bermula dari jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Majlis tersebut merupakan program tahunan Universiti bagi meraikan semua pelajar dan staf UTHM sempena Sambutan Aidilfitri.

     Majlis tersebut telah diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Dato' Ir. Wahab Suhaili, penerima Anugerah Ijazah Kehormat Sarjana Kejuruteraan Awam pada Konvokesyen Kelapan UTHM dan isteri YBhg. Datin Badriah Ismail, pegawai-pegawai kanan Universiti dan para pemimpin setempat.

     Dalam majlis itu juga, pihak Universiti mengambil kesempatan menyampaikan sumbangan komputer terpakai kepada 19 buah sekolah sekitar kampus UTHM. Sumbangan telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin kepada Guru Besar sekolah yang dijemput. Selain daripada itu, pihak Universiti juga dengan rasminya melancarkan Tabung Kemanusiaan Bencana Alam bagi membantu meringankan beban mangsa bencana alam di negara yang berjiran dengan Malaysia. Turut memberikan sumbangan ialah YBhg. Dato' Ir. Wahab Suhaili yang telah menyumbangkan sebanyak RM 10,000 ke dalam tabung tersebut. Turut diundang ke majlis tersebut ialah golongan fakir miskin sekitar kampus UTHM. Seramai lebih kurang 4000 orang pegawai dan pelajar UTHM hadir ke majlis tersebut.

Oleh : Unit Pegawai Perhubungan Awam, UTHM

Terakhir dikemaskini ( Khamis, 15 Oktober 2009 )
 

Pilihan Bahasa

W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
17 May 2012 05:19
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. Hak cipta terpelihara.

Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibilty View activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.


[+]
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • fresh color
  • warm color