Login | FAQs | About UTHM Portal
Laman Utama arrow Arkib Berita arrow Pesta Tanglung UTHM 2009 Lambang Keharmonian Kaum
Pesta Tanglung UTHM 2009 Lambang Keharmonian Kaum Cetak Emel
Hear this article

 

Pameran Pesta Tanglung ini telah berlangsung pada 8 hingga 9 Oktokber 2009 di Ruang Legar Pusat Niaga Siswa. Pameran ini dijalankan  untuk mempromosikan Perayaan Pesta Tanglung atau Pesta Kuih Bulan kepada warga UTHM yang berbilang bangsa. Pameran Pesta Tanglung ini bertujuan mengeratkan tali silaturahim serta memupuk persefahaman di kalangan mahasiswa berbilang kaum di UTHM. Majlis Perasmian dan Penutupan Pameran Pesta Tanglung UTHM 2009 ini disempurnakan oleh Encik Hou Zheng Teck selaku Presiden Persatuan Pemuda MCA di Sri Gading, Batu Pahat.

Manakala, program Malam Sambutan Pesta Tanglung telah diadakan pada 15 Oktober 2009 (Khamis), jam 8.00 malam bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII). Majlis ini telah dihadiri oleh Yang Berbahagia Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ir. Dr. Amir Hashim bin Mohd. Kassim, Setiausaha Sulit kepada Yang Berbahagia Dr. Hou Kok Chung, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, wakil MCA Bahagian Sri Gading serta pegawai-pegawai kanan Universiti. Para tetamu telah disambut dengan tarian naga dan singa yang dibawakan khas dari Batu Pahat dan Parit Raja. Penganjuran pesta ini juga dapat memberi peluang kepada para pelajar antarabangsa dari 15 negara yang belajar di universiti ini untuk mengetahui tradisi masyarakat cina ini dengan lebih lanjut.

Program Pesta Tanglung UTHM 2009 pada tahun ini adalah terbuka kepada seluruh warga UTHM dengan pembelian tiket. Bagi setiap penonton yang datang pada malam tersebut akan mendapat risalah kecil, mini kuih bulan, tanglung dan air mineral. Pelbagai persembahan telah dipertontonkan kepada semua tetamu seperti tarian singa, tarian tradisional masyarakat cina dan persembahan akrobatik.

Program ini telah dianjurkan oleh Biro Kebudayaan Tiong Hua, Sekretariat Perpaduan dengan kerjasama  Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM.

Terakhir dikemaskini ( Rabu, 16 Disember 2009 )
 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
22 September 2014 13:02
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. Hak cipta terpelihara.

Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibilty View activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.