| Penyelidik UTHM Menang 10 Pingat Dalam PECIPTA 2009 |
|
|
|
KLCC, Kuala Lumpur - Universiti Tun Hussein Onn melakarkan kejayaan dalam penyelidikan dan inovasi apabila 10 penyelidik universiti ini berjaya merangkul 10 pingat gangsa dalam Ekspo Penyelidikan dan Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa 2009 (PECIPTA'09) yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 8-10 Oktober 2009 yang lalu.
Program yang diadakan secara dwi-tahunan ini telah dirasmikan oleh Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Majlis Perasmian Penutupnya telah disempurnakan oleh Y.B. Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pengajian Tinngi Malaysia.
PECIPTA'09 telah melibatkan 465 penyertaan hasil penyelidikan dan inovasi dari 19 IPTA dan 3 IPTS. Sebanyak 23 pingat emas, 93 pingat perak dan 93 pingat gangsa telah dipertandingkan bagi dua kategori produk iaitu i) kategori produk yang pernah memenangi pingat dari tahun 2008 dan ii) kategori produk baru yang masih belum menyertai mana-mana pertandingan atau tidak pernah memenangi sebarang pingat. UTHM telah menghantar 32 produk iaitu 17 produk bagi kategori produk yang pernah memenangi pingat dan 15 produk bagi kategori produk baru.
Penyertaan produk PECIPTA'09 juga telah dikelaskan kepada 5 pengkhususan bidang iaitu Biosciences and Biotechnology, Health and Allied Sciences, Information and Communication Technology, Physical and Sciences Engineering dan Social Sciences and Humanities. Pada PECIPTA kali ini, UTHM telah menghantar 1 produk bagi bidang Biosceinces and Biotechnology, 2 produk bagi bidang Information and Communication Technology, 27 produk bagi bidang Physical Sciences and Engineering dan 2 produk bagi bidang Social Sciences and Humanities.
5 kriteria utama telah diambil kira dalam penghakiman iaitu keaslian/ketulenan & inventiveness, faedah kepada masyarakat, potensi pengkomersilan, pengiktirafan akademik & pendaftaran harta intelek serta persembahan/demonstrasi.
Walaupun kriteria penghakiman adalah cukup mencabar, penyelidik UTHM telah berjaya menempa nama dalam senarai penerima pingat apabila berjaya merangkul 10 pingat gangsa. Kejayaan dan pengiktirafan ini membuktikan bahawa hasil penyelidikan dan inovasi para penyelidik UTHM mempunyai nilai yang tinggi dan boleh diketangahkan untuk dikomersilkan.
Tahniah dan syabas kepada semua penyelidik yang telah berjaya memenangi pingat dalam PECIPTA'09 . Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Y. Bhg. Dato' Naib Canselor yang sudi meluangkan masa bertemu dan memberikan semangat kepada para peserta UTHM serta kepada semua peserta dan urusetia yang telah memberikan komitmen yang cukup tinggi dalam menjayakan PECIPTA'09.
Senarai nama pemenang adalah seperti berikut :
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Last Updated ( Rabu, 16 Disember 2009 ) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Prospective Students |
| Current Students |
| Alumni |




