Login | FAQs | About UTHM Portal
Laman Utama arrow Arkib Berita arrow NC UTHM Lawat Staf Cuti Belajar di Jepun
NC UTHM Lawat Staf Cuti Belajar di Jepun Cetak Emel
Hear this article

Seramai 15 staf Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang masing-masing di Jepun tidak melepaskan peluang beramah-mesra bersama Naib Canselor UTHM, Profesor Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin di sini baru-baru ini.

            Pertemuan yang diadakan di Kedutaan Besar Malaysia di Shibuya, Jepun itu juga memberi peluang kepada kedua-dua pihak berbincang mengenai isu sara hidup di jepun, mobiliti staf universiti, kelestarian penyelidikan dan sebagainya.

Hadir sama Puan Siti Zaharah bt Omar dan Encik Redhauddin Kamaruzaman dari Bahagian Pembangunan Modal Insan JPA, Kedutaan Besar Malaysia, Tokyo. Selain daripada itu, pertemuan turut diatur bersama staf UTHM yang belajar di universiti di bandar Kyoto.

Profesor Dato' Dr. Mohd Noh berkunjung ke Jepun bagi memenuhi jemputan pihak penganjur persidangan "6th Annual Meeting of the Science and Technology in Society (STS) Forum" yang bermula dari 4 hingga 6 Oktober 2009.

            Mohd Noh yang turut diiringi oleh Pengarah Pejabat Antarabangsa, Dr. Mustaffa Ibrahim dan Pengarah Pembangunan dan Pengurusan Hartabina, Profesor Madya Dr. Ahmad Tarmizi bin Abd. Karim juga meninjau peluang untuk menjalin hubungan antarabangsa serta kerjasama pendidikan dan penyelidikan dengan universiti-universiti di negara matahari terbit itu.

 

   

Profesor Dato’ Dr. Mohd Noh bersama staf cuti belajar di Kedutaan                  Naib Canselor UTHM bersama staf cuti belajar di Kyoto Jepun

Malaysia di Jepun

Terakhir dikemaskini ( Rabu, 21 Oktober 2009 )
 

Pilihan Bahasa

W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
17 May 2012 05:19
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. Hak cipta terpelihara.

Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibilty View activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.


[+]
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • fresh color
  • warm color