Login | FAQs | About UTHM Portal
Laman Utama arrow Arkib Berita arrow Naib Canselor Sertai Majlis Doa Selamat dan Ziarah Bakal Haji UTHM 2009
Naib Canselor Sertai Majlis Doa Selamat dan Ziarah Bakal Haji UTHM 2009 Cetak Emel
Hear this article

BATU PAHAT. 3 November - Pada tahun 2009 ini, seramai 15 orang staf UTHM bakal menunaikan haji di Baitullah al-Haram Makkah. Bagi mendoakan kesejahteraan bakal-bakal haji ini, Unit Perhubungan Awam, Pusat Islam dan Biro Kebajikan dan Kerohanian Kelab Staf KUiTTHO (KSKUiTTHO) telah mengadakan Majlis Doa Selamat khusus untuk bakal haji UTHM pada 3 November 2009 yang lalu di Masjid Jamek UTHM.

 Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah diikuti bacaan Yaasin dan doa selamat yang diketuai oleh Ustaz Mohd Shahrir bin Abdul Mutalib serta tazkirah berkenaan Ibadah Haji yang disampaikan oleh Ustaz Hj. Baharudin b. Yaman dari Pusat Islam UTHM. Majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran Naib Canselor UTHM, YBhg. Profesor. Dato'. Dr. Mohd Noh Dalimin beserta isteri Profesor Datin Dr. Maryati Mohamed, beberapa orang Pegawai Kanan Universiti dan beberapa staf UTHM yang akan menunaikan fardu haji.

 Selepas Solat Isyak berjemaah dan jamuan makan malam,  Naib Canselor UTHM beserta rombongan telah berkunjung ke rumah beberapa orang bakal haji. Kunjungan Ziarah Naib Canselor ini diteruskan beberapa malam yang berikutnya bergantung kepada kesesuaian waktu dan kesediaan tuan-tuan rumah. Dalam setiap kunjungan, doa selamat ringkas dibaca dan diikuti dengan penyampaian cenderamata oleh Naib Canselor UTHM. Kunjungan ini juga memberi peluang kepada Naib Canselor dan ahli rombongan beramah mesra, bertukar-tukar maklumat khususnya mengenai ibadah haji serta memberi dorongan moral kepada bakal-bakal haji Universiti supaya lebih tabah dan sabar sepanjang melaksanakan ibadah haji kali ini. Turut menyertai rombongan ziarah ini adalah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Prof Ir. Dr. Amir Hashim Mohd Kassim, Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat) Prof. Dr. Jailani Md Yunos serta beberapa pegawai Universiti.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

6 November 2009

 

Untuk maklumat lanjut, hubungi

SHAFRY SALIM

PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

07-4537025 , 019-7571007

Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 06 November 2009 )
 

Pilihan Bahasa

W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
17 May 2012 05:19
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. Hak cipta terpelihara.

Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibilty View activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.


[+]
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • fresh color
  • warm color