Pengurniaan Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Kedua (P.I.S)
Pensyarah di Fakulti Pendidikan Teknikal UTHM, Tuan Haji Mohd Salleh bin Tahar
telah
dikurniakan Pingat Ibrahim Sultan Kedua (P.I.S II) bersempena Hari
Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan
Iskandar, Sultan Johor pada Hari Keputeraan Baginda Tuanku Yang Ke Tujuh Puluh Tujuh.
Pihak Universiti ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau atas pengurniaan ini. Semoga ia akan menjadi pendorong dan
perangsang kepada beliau untuk lebih gigih meningkatkan
kecemerlangan pengajian tinggi negara khususnya untuk memartabatkan
UTHM sebagai antara universiti yang terbaik di dunia. Syabas.