Laman Web Rasmi UTHM menyediakan kemudahan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) bagi memenuhi matlamat W3C Web Accessibility Initiative (WAI). Antara kemudahan yang disediakan pada masa ini ialah:
|
Pengubah saiz teks
|
Laman Web UTHM menyediakan kemudahan
pilihan saiz teks yang berbeza. Pilihan saiz teks tersebut dipaparkan
di ruangan atas setiap halaman . Pengguna boleh memilih
samada untuk memilih saiz teks yang lebih besar atau lebih kecil,
mengikut kesesuaian dengan mengklik butang   |
|
Pembaca teks
|
Laman Web UTHM juga menyediakan pembaca teks bagi setiap artikel yang terdapat di dalam laman web ini, seperti ucapan,
berita serta beberapa lagi kandungan yang lain. Pembaca teks tersebut
akan menghasilkan bunyi yang dijana secara automatik supaya mereka yang
tidak dapat membaca dengan jelas maklumat yang dipaparkan dapat
mendengarnya. Anda boleh menggunakan:
-
Pautan ke Pembaca Teks - Semasa melayari laman ini, anda akan menemui ikon 
pada penjuru-atas kanan kandungan tersebut. Klik padanya dan satu
tetingkap baru akan muncul. Sila tunggu sebentar sementara laman
tersebut sedang dimuatkan Anda boleh mendengar suara pembaca teks
sejurus selepas ianya selesai dijana. Sila ambil perhatian bahawa ini
ialah sebuah aplikasi luaran dan dihos pada pelayan luaran serta
merupakan perkhidmatan yang disediakan secara percuma. Masa menunggu
akan menjadi lebih lama sekiranya teks yang hendak diproses lebih
panjang. Sila ambil perhatian juga, bahawa sebutan yang terhasil
tidaklah sesempurna ucapan manusia dan buat masa ini ia hanya menyebut
perkataan Bahasa Inggeris dengan betul.
-
IE Page Reader - Dapatkan IE Page Reader di sini
. Sebelum anda boleh menggunakan komponen ini, anda harus memuat turun
MS Speech API. Jika anda menggunakan Windows 2000, besar kemungkinan
sistem anda sudah memiliki komponen ini. Anda juga perlu memuat turun
sekurang-kurangnya satu Speech engine . Speech engine adalah 'suara'
seseorang lelaki atau perempuan, yang akan bercakap dalam Bahasa
Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Untuk arahan selanjutnya bagi
menggunakan komponen ini, sila klik di sini .
|
|
|
Last Updated ( Isnin, 23 November 2009 )
|