FAQ | Soalan Lazim |
|
|
|
1. Apakah itu UTHM? Sejarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bermula pada 16 September 1993 dengan penubuhan Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP), yang bertujuan melahirkan dan melatih tenaga pengajar yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai bidang kejuruteraan untuk sistem politeknik di negara ini. Sebagai pengiktirafan kepada sebuah institusi teknologi yang cemerlang dalam mengharungi perkembangan pendidikan negara terutama keupayaan menangani isu pembangunan sumber manusia khasnya dalam bidang teknikal di negara ini membawa kepada pengisytiharan nama baru iaitu Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) pada 12 April 1996 oleh Y.B Menteri Pendidikan Malaysia pada masa itu, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak. Dengan kelebihan dan kejayaan melaksanakan tanggungjawab sebagai penyumbang kepada perkembangan yang berteraskan sains dan teknologi dan bertindak sebagai nadi penggerak dalam membantu merealisasikan peranan negara serta kepercayaan oleh kerajaan, maka kabinet pada 27 September 2000 telah bersetuju menaiktaraf ITTHO kepada sebuah Universiti di bawah Akta 30 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dan dikenali dengan nama Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia (KUiTTHO).
Lembaran baru perjalanan menuju puncak kegemilangan institusi ini
diselak lagi apabila mesyuarat Kabinet yang telah diadakan pada 20
September 2006 telah meluluskan untuk menukar nama KUiTTHO yang akan
dikenali sebagai Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). 1 Februari
2007 merupakan satu tarikh keramat kepada semua warga universiti
apabila Datuk Mustapa bin Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi membuat
pengumuman rasmi mengenai perkara tersebut. Majlis Perisytiharan
Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) telah berlangsung pada 2 Mac 2007 dan
dirasmikan oleh Y. B. Dato’ Hishamuddin bin Tun Hussein Onn.
7. Apakah syarat kemasukan Pengajian Pra-Siswazah UTHM? |
|
| Last Updated ( Ahad, 22 November 2009 ) |