Arkib Berita
Hasil Penyelidikan UTHM Menang 2 Pingat Emas di Brussels-INNOVA’09, Belgium | Hasil Penyelidikan UTHM Menang 2 Pingat Emas di Brussels-INNOVA’09, Belgium |
|
|
|
Brussels, Belgium - Kumpulan penyelidikan yang diketuai oleh Tn. Hj. Mohd Salleh bin Tahar dan Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi telah berjaya meneruskan kecemerlangan universiti ini dalam bidang penyelidikan dan inovasi apabila berjaya membawa pulang 2 pingat emas, 1 pingat perak dan 1 pingat Gangsa dalam Pameran Dan Pertandingan Penyelidikan Antarabangsa The World Exhibition on Innovation, Research and New Technologies 2009 (Brussels Innova'09) yang telah diadakan di Brussels, Belgium dari 19 hingga 21 November 2009. Brussels-Innova 2009 merupakan pertandingan penyelidikan dan inovasi peringkat antarabangsa yang pertama kali disertai oleh penyelidik dari Universiti ini dan turut disertai oleh penyelidik dari pelbagai negara termasuk dari negara-negara Benua Eropah. Keupayaan penyelidik UTHM memenangi pingat dalam pertandingan ini merupakan kejayaan yang cukup membanggakan dan membuktikan bahawa hasil penyelidikan dan inovasi universiti ini diiktiraf mempunyai nilai yang cukup tinggi dan berpotensi untuk dikomersilkan di peringkat antarabangsa. Penyertaan penyelidik UTHM dalam Brussels-Innova 2009 turut memberi peluang kepada mereka mendapatkan maklumbalas para pengunjung yang mengunjungi ruang pameran UTHM berkaitan usaha-usaha penambahbaikan hasil penyelidikan yang dipamerkan supaya dapat dikomersilkan ke pasaran Eropah. Tahniah dan syabas diucapkan kepada kumpulan penyelidikan yang diketuai oleh Tn. Hj. Mohd Salleh bin Tahar dan Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi yang telah berjaya mengharumkan nama Universiti dalam bidang penyelidikan dan inovasi. Semoga kejayaan ini akan menjadi pendorong kepada penyelidik-penyelidik yang lain untuk terus gigih berusaha menghasilkan penyelidikan yang dapat dimanafaatkan oleh seluruh masyarakat sejagat. Senarai penuh keputusan pertandingan adalah seperti berikut :
|
|||||||||||||||||||||
| Terakhir dikemaskini ( Rabu, 16 Disember 2009 ) | |||||||||||||||||||||
| Bakal Pelajar |
| Pelajar |
| Alumni |