Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Ahli Parlimen Putatan Lepaskan Konvoi UTHM Jelajah Sabah 2009
Ahli Parlimen Putatan Lepaskan Konvoi UTHM Jelajah Sabah 2009 Print E-mail
Hear this article

Kota Kinabalu, 13 Disember: Ahli Parlimen Putatan Yang Berhormat Datuk Dr. Makin @ Marcus Majigoh menyempurnakan upacara pelepasan konvoi kenderaan pacuan empat roda UTHM dalam program Jelajah Sabah 2009.

 Upacara yang diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pagi ini, turut dihadiri Ketua Kontinjen Prof Dr. Ir. Amir Hashim Mohd Kassim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) serta Prof. Dr. Jailani Md Yunos, Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat)

 Konvoi jelajah yang julung kali diadakan ini melibatkan penyertaan 34 peserta yang terdiri dari kakitangan dan pelajar UTHM serta beberapa orang wakil media. Sebanyak sembilan kenderaan pacuan empat roda digunakan dalam jelajah yang akan melalui laluan Kota Kinabalu, Papar, Beaufort, Keningau, Kalabakan, Keningau, Tawau, Semporna, Lembah Tenom dan Kundasang ini.

 Sepanjang lapan hari penjelajahan, pelbagai aktiviti sampingan diadakan di tempat-tempat yang dilalui. Selain aktiviti promosi Universiti, para peserta konvoi turut melaksanakan kerja-kerja amal dan kemasyarakatan.

Jelajah dijadualkan berakhir pada 19 Disember di Kota Kinabalu  

 sabah

 

 

Last Updated ( Rabu, 16 Disember 2009 )
 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
23 Mei 2013 14:27
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.