Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow UTHM Sebagai Naib Johan Pertandingan Debat Diraja Antara Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2009
UTHM Sebagai Naib Johan Pertandingan Debat Diraja Antara Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2009 Print E-mail
Hear this article
Penyertaan Universiti  Tun Hussien Onn Malaysia dalam  Pertandingan Debat Diraja Antara Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2009 telah membuahkan hasil apabila  berjaya melangkah  hingga ke peringkat akhir lalu melonjakkan kedudukan UTHM sebagai Naib Johan dalam arena pertandingan tersebut.

Pertandingan debat yang dianjurkan bersama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Universiti Malaya (UM) dan Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM)  ini telah diadakan dari 3 hingga 7 Disember 2009 di Universiti Malaya.

Pada hari pertama, UTHM mencatat hatrik apabila berjaya menundukkan ketiga-tiga pencabar pada hari tersebut. Pusingan pertama UTHM berjaya mengalahkan Universiti Kebangsaan Malaysia. DIikuti pertemuan dengan Universiti Malaya, UTHM menang dan seterusnya UTHM berjumpa dengan pasukan UTP. Penamat yang baik  bagi hari tersebut.

Pada hari kedua pertandingan, para pendebat telah bersidang sebanyak 3 kali. Bermula di Sidang 4, UTHM bersemuka dengan Universiti Teknologi Mara. Pusingan kedua di sidang 5 UTHM bersaing dengan UTP. Di sidang 6, UTHM bertemu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UTHM kecundang.

Pada hari ketiga, UTHM berjaya memasuki peringkat suku akhir (sidang 7) dan berjaya menundukkan kedua-dua pencabar pada hari tersebut. Pusingan pertama UTHM berjaya mengalahkan Universiti Teknologi Mara. DIikuti pertemuan dengan Universiti Sains Malaysia (sidang 8), UTHM menang. Penamat yang baik  bagi hari tersebut kerana UTHM menang dengan juri 5-0.

Dengan kemenangan sebanyak 7 persidangan daripada 8 persidangan telah melayakkan UTHM ke pentas akhir untuk bersua dengan pendebat dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Bersidang  di pentas akhir , pasukan  UTHM selaku pembangkang dengan usul Pembinaan Negara Bangsa Lebih Penting, berakhir  dengan kekalahan maka usul diterima.

Pertandingan ini tamat dengan Universiti Kebangsaan Malaysia diangkat sebagai juara keseluruhan dan diberi ganjaran sebanyak RM5000  dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di tempat naib johan menerima sebanyak RM3000.

 

 

Last Updated ( Khamis, 17 Disember 2009 )
 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
24 November 2014 09:44
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.