Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow UTHM mulakan program pesisir sarjana, PHD
UTHM mulakan program pesisir sarjana, PHD Print E-mail
Hear this article

JOHOR BAHRU 17 Dis. - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan memulakan program pesisir peringkat ijazah sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) dengan kerjasama kolej komuniti di seluruh negara.

Program ini diadakan bagi menyokong usaha pembelajaran sepanjang hayat yang disarankan oleh kerajaan dan dijangka dimulakan awal tahun depan.

Penolong Naib Canselor UTHM, Prof. Dr. Jailani Md. Yunos berkata, program tersebut dijangka dimulakan di kolej komuniti di Sarawak dan Kelantan.

"Program tersebut bertujuan meramaikan lagi lepasan ijazah di kalangan kakitangan kolej komuniti yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi," katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau yang kini menyertai lawatan promosi UTHM ke Sabah berkata, program tersebut merupakan sebahagian daripada usaha pihaknya untuk meningkatkan pengetahuan ahli akademik.

Ekspedisi Jelajah Sabah UTHM ke Sabah itu disertai 30 kakitangan akademik, pegawai pentadbiran, pemandu serta penuntut untuk mempromosi UTHM dari segi program dan imej.

"Semoga penjelajahan ini mampu memberi impak besar kepada UTHM pada masa akan datang. Kita berharap akan lebih ramai lagi pelajar di sini menyambung pelajaran di UTHM," katanya.

Selain mengadakan lawatan ke kolej komuniti, rombongan itu mengunjungi Rumah Anak Yatim Ar-Raudhoh di Tawau bagi menjayakan program khidmat masyarakat.

Rumah kebajikan yang didiami oleh 19 anak yatim itu turut dijadikan anak angkat universiti tersebut.

"UTHM mempunyai beberapa 'anak angkat' di kalangan penghuni rumah-rumah kebajikan dan sekolah. Melalui projek ini, kami akan memberi bantuan pembelajaran kepada penghuni rumah kebajikan Ar-Raudhoh,".

"UTHM sering mengadakan khidmat masyarakat di dalam dan luar negara termasuk membantu mangsa bencana di Padang dan Bantul, Aceh, Indonesia," katanya.

UTUSAN MALAYSIA

 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
29 October 2014 14:23
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.