Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow Seminar, Courses and Conferences arrow Selamat Datang kepada pelajar baru Semester II Sesi 2009/2010 UTHM
Selamat Datang kepada pelajar baru Semester II Sesi 2009/2010 UTHM Print E-mail
Hear this article

Pendaftaran pelajar baru Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi Semester II Sesi 2009/2010 untuk program peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda telah diadakan pada 27 Disember 2009. Pendaftaran yang bermula dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang itu telah diadakan bertempat di Dewan Peperiksaan, Blok F2, Pejabat Pengurusan Akademik, UTHM.

Manakala pendaftaran untuk Program Pasca Siswazah (Doktor Falsafah dan Ijazah Sarjana) bagi Semester II Sesi 2009/2010 telah diadakan pada 21 Disember 2009 yang lalu yang dikendalikan oleh Pusat Pengajian Siswazah. Seramai 71 orang pelajar tempatan dan 11 orang pelajar antarabangsa telah mendaftar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dan PhD di UTHM. Antara negara yang menghantar pelajarnya ke UTHM adalah Indonesia, Libya dan Nigeria.

Bagi pendaftaran Program Pelajar Sarjana Muda dan Diploma bagi Semester II Sesi 2009/2010,  seramai 609 orang telah mendaftar. Pendaftaran yang dikendalikan oleh Pejabat Pengurusan Akademik, UTHM berjalan dengan lancar. Naib Canselor, Prof. Dato' Dr. Mohd. Noh Dalimin turut meluangkan masa meninjau proses pendaftaran yang telah dijalankan di Dewan Peperiksaan, Blok F2 pada hari tersebut.

Para pelajar yang mendaftar telah melahirkan rasa kesyukuran kerana telah dipilih dan diberi peluang untuk melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang yang ditawarkan di UTHM sama ada di peringkat Sarjana Muda, Sarjana atau PhD. Selain kepelbagaian program yang ditawarkan dan kepakaran yang dimiliki oleh staf akademiknya, kemudahan serta prasarana lengkap yang disediakan oleh pihak Universiti adalah faktor pendorong para pelajar dalam memilih UTHM sebagai pilihan mereka untuk menuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi.

 

Dikeluarkan oleh:

 Unit Perhubungan Awam

Last Updated ( Isnin, 25 Januari 2010 )
 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
23 May 2013 14:58
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.