Logo Universiti Cetak Emel

uthm_source.png

Logo UTHM memaparkan Proton, Buku, mortar Board bertindih (peringkat pengajian), Rehal dan Perisai.

 
Perlambangan

Merah – Berani
Biru – Kerjasama
Perak – Kualiti/Prestij
Rehal – Wadah Ilmu
Proton – Sains dan teknologi
Buku – Ilmu
Mortar Board – Peringkat Pengajian
Bentuk Bulat – Kemantapan dan berkaitan dengan ciri-ciri global
Perisai – Keyakinan

Konsep keseluruhan logo ini melambangkan UTHM sebagai sebuah IPT yang mendukung pengembangan dan pembangunan ilmu di pelbagai peringkat di dalam bidang sains dan teknologi.

Warna biru  melambangkan hubungan erat antara warga UTHM yang memastikan kejayaan dan kemantapan pelaksanaan program-program dan aktivitinya dalam bidang pendidikan dan penyelidikan yang memacu sumbangannya ke arah kesejahteraan sejagat.

Warna merah pula adalah konsep keberanian UTHM meneroka bidang-bidang baru sebagai peneraju aplikasi sains dan teknologi sekaligu menggambarkan kecekalan semangat dan jati diri warga UTHM.

Terakhir dikemaskini ( Selasa, 04 Mac 2008 )
 
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2008. Hak cipta terpelihara.

Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.