Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow Seminar, Courses and Conferences arrow UTHM Cipta EMBag Kurangkan Risiko Kecurian Komputer Riba
UTHM Cipta EMBag Kurangkan Risiko Kecurian Komputer Riba Print E-mail
Hear this article

Masalah kecurian laptop semakin berleluasa kebelakangan ini. Pengguna sering kali menghadapi masalah untuk meletakkan laptop di dalam kereta walaupun disembunyikan dengan rapi daripada penglihatan dengan menyimpannya di dalam bonet kereta. Ini kerana, ia tetap tidak selamat dan masih boleh dikesan oleh pencuri. 

Isu ini telah mendorong Prof. Dr. Mohd Zarar bin. Mohd Jenu yang merupakan Ketua Pusat Keserasian Elektromagnet Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bersama Cik Norarlina Binti Mazlan untuk melaksanakan penyelidikan bagi mengatasi masalah tersebut. Menurut Prof. Zarar, laptop yang berada dalam keadaan mod OFF masih mengeluarkan gelombang elektromagnet yang boleh diterima oleh sesiapa sahaja yang mempunyai alat  pengesan khas. Gelombang elektromagent ini berasal daripada operasi jam dalaman laptop yang masih berfungsi walaupun laptop berada dalam keadaan OFF.

Dalam penyelidikan ini, satu beg khas yang diberi nama EMBag telah berjaya dicipta. Laptop perlu dimasukkan ke dalam EMBag terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam beg laptop sedia ada. Hasilnya, gelombang yang dikeluarkan oleh laptop  boleh dikurangkan ke tahap yang tidak dapat dikesan oleh pencuri yang menggunakan alat pengesan khas. Selain itu, EMBag mampu melindungi keselamatan dan kebolehcapaian data di dalam laptop. Ciri-ciri ini amat penting terutamanya bagi pengguna yang sering berkerja di dalam keadaan isyarat elektromagnet yang tinggi seperti di stesen radar, kapal perang, stesen janakuasa dan lain-lain.

Menurut Prof. Ir. Dr. Zainal Abidin Ahmad yang merupakan Penolong Naib Canselor (Penyelidikan, Inovasi dan Pembangunan) UTHM, produk yang dibangunkan ini telah berjaya memenangi pingat Gangsa dalam Ekspo Penyelidikan dan Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa 2009 (PECIPTA'09) yang telah diadakan di Kuala Lumpur Convention Center baru-baru ini. Produk ini juga sedia untuk dipasarkan dengan harga yang sangat kompetitif sesuai dengan fungsinya

 

beg

Last Updated ( Isnin, 18 Januari 2010 )
 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
20 May 2013 12:04
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.