Cokmar | Cokmar |
|
|
Konsep dan rekabentuk cokmar berteraskan kepada kecergasan dan kedinamikan UTHM dalam pelbagai aktiviti yang bertunjangkan tauhid dalam kehidupan dan pembelajaran yang mempunyai identiti sebagai sebuah universiti berteraskan teknologi.
Rasional rekabentuk Cokmar ini menterjemahkan vivi dan misi UTHM dengan penerapan beberapa ukiran yang mempunyai motif tradisi dengan kombinasi rupa bentuk yang dinamik. Reka bentuk cokmar yang unik, dinamik dan inovatif ini mempunyai tiga komponen yang utama seperti yang berikut :
Bahagian utama berbentuk obor melambangkan peranan universiti sebagai penyuluh ilmu pengetahuan. Lilitan kalimah syahadah sebagai tunjang tauhid dan lima segi permukaan melambangkan keIslaman dan Rukun Negara. Setiap permukaan diukir dengan motif berikut:
Turus merupakan bahagian hulu cokmar yang melambangkan tongkat kuasa, menjadi asas kekukuhan dalam perkembangan ilmu pengetahuan. Jaluran bunga padi melambangkan semangat diri dan dibahagian hujungnya dialaskan dengan cerumbu masa yang melambangkan peredaran zaman sejajar denganperkembangan sains dan teknologi sebagai teras dan tunjang penubuhan universiti. |
|
| Terakhir dikemaskini ( Ahad, 24 Februari 2008 ) |
| Logo |
| Cokmar |
| Jubah |
| Lagu Rasmi |