Login | FAQs | About UTHM Portal
Laman Utama arrow Jubah
Jubah Konvokesyen Cetak Emel
Hear this article
 
Jubah Graduan Doktor Falsafah
Warna asas jubah untuk Canselor, Menteri Pengajian Tinggi, Pengerusi Lembaga Pengarah, Naib Canselor, Ahli Lembaga Pengarah, Pendaftar, Bendahari, Ketua Pustakawan, Ahli Senat dan Staf Akademik ialah biru cerah.

Jubah dihiasi dengan tenunan songket bagi Canselor, Menteri Pengajian Tinggi, Pengerusi Lembaga Pengarah dan Naib Canselor.

Manakala bagi Ahli Lembaga Pengarah, Ahli Senat, Pendaftar, Bendahari, Ketua Pustakawan dan Staf Akademik jubah dihiasi dengan sulaman yang mempunyai corak yang sama dengancorak tenunan songket.


Corak asas tenunan songket dan sulaman adalah berdasarkan kepada aplikasi sains dan teknologi sejajar dengan Visi dan Misi UTHM kecuali tenunan songket Canselor yang ditambah dengan motif bunga lada hitam yang menjadi lambang ekonomi negeri Johor.

Warna asas jubah graduan pula ialah biru gelap. Hiasan jubah ditambah dengan lace di bahagian tangan iaitu 1 lace untuk graduan ijazah Sarjana Muda, 2 lace untuk graduan ijazah Sarjana dan 3 lace untuk graduan ijazah Doktor Falsafah.

Jubah Graduan Sarjana

Jubah Graduan Sarjana Muda
Penggunaan Hunter Caps adalah untuk Canselor, Pengerusi Lembaga Pengarah, Ahli Senat, Pendaftar, Bendahari. Ketua Pustakawan dan graduan Doktor Falsafah.

Mortar Board dipakai oleh staf Akademik, graduan Sarjana Muda dan Sarjana.

Mortar Board yang dipakai oleh graduan dihiasi dengan lace yang berwarna biru muda iaitu sama dengan warna lapel hadapan jubah graduan.
Warna hood bahagian dalam yang dipakai adalah mewakili fakulti manakala warna dibahagian luar hood adalah sama dengan warna jubah.

Pada masa ini terdapat 6 warna iaitu:

Fakulti Kejuruteraan Awam & Alam Sekitar – Hijau Lumut
Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik – Kuning Pinang Masak
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan – Merah Tua
Fakulti Pengurusan Teknologi – Ungu
Fakulti Pendidikan Teknikal – Biru Langit
Fakulti Teknologi Maklumat & Multimedia – Perak
 
Jubah Graduan Diploma
Terakhir dikemaskini ( Isnin, 08 Oktober 2012 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. Hak cipta terpelihara.

Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibilty View activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.