News Archive
UTHM sedia masuk liga THES-QS sasar 500 universiti terbaik dunia dalam masa terdekat | UTHM sedia masuk liga THES-QS sasar 500 universiti terbaik dunia dalam masa terdekat |
|
|
|
UNIVERSITI Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) membuat persediaan
memasuki liga penarafan antarabangsa Times Higher Education -
Quacquarelli Symonds Ltd (THES-QS) menerusi Pelan Strategik Penarafan
UTHM.
Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin, berkata menerusi pelaksanaan pelan berkenaan, UTHM mensasarkan untuk tersenarai sebagai antara 500 universiti terbaik dunia dalam masa terdekat.
Bagi merealisasikan hasrat itu, katanya, semangat berani berubah,
pembudayaan keserakanan, cara kerja kelas pertama dan semangat
sukarelawan perlu menjadi amalan warga universiti berkenaan.
Mohd Noh berkata, antara strategi Pelan Strategik Penarafan UTHM
adalah memantapkan program pasca siswazah, membabitkan universiti
ternama dalam aktiviti UTHM, menambah jumlah pelajar antarabangsa dan
memantapkan alumni.
“Selain itu, pembabitan ahli akademik dalam penyelidikan bidang kebitaraan masing-masing bakal turut disyaratkan sebagai kriteria utama dalam kenaikan pangkat,” katanya.
|
|
| Last Updated ( Selasa, 02 Februari 2010 ) |
| Prospective Students |
| Current Students |
| Alumni |