Login | FAQs | About UTHM Portal
Laman Utama arrow Arkib Berita arrow UTHM terima kunjungan Shenzhen Polytechnic, China
UTHM terima kunjungan Shenzhen Polytechnic, China Cetak Emel
Hear this article

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menerima kunjungan delegasi dari Shenzhen Polytechnic, China yang terdiri dari lima orang pelajar dan dua orang staf bermula 17 hingga 23 Januari 2010.  

Kunjungan itu diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala di antara Shenzhen Polytechnic, China dengan UTHM di samping bertukar-tukar maklumat diantara dua pihak.

Pelbagai program telah diatur sepanjang delegasi tersebut berada di UTHM termasuk lawatan sekitar kampus di UTHM termasuk makmal Fakulti Elektrik dan Elektronik iaitu ‘Micro-electronic Training Lab', Medical Electronics Training Lab', ‘Circuit Lab' dan ‘Magnetic Field Lab' untuk melihat peralatan terkini yang digunakan oleh universiti.

Sepanjang program lawatan selama enam hari ini, pelajar turut didedahkan dengan persekitaran pembelajaran di UTHM dan Malaysia amnya. Mereka telah turut serta menghadiri kuliah di Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dan kelas Ko-kurikulum.

Delegasi itu juga turut dibawa ke Kilang Ramatex, Kilang Faeza dan juga IKS Azhar Food bagi Program ‘Company Visit'.

Mereka juga di bawa melawat ke Danga Bay, Johor Bahru serta melawat Kuala Lumpur dan Putrajaya.  Mereka amat teruja dengan seni binaan Masjid Putrajaya dan juga dapat melihat ketinggian Menara Berkembar Petronas (KLCC). 

Sehubungan itu, UTHM mengharapkan agar kerjasama yang telah terjalin ini akan berterusan dan semoga kedua-dua buah institusi pengajian tinggi ini akan dapat berkerjasama di masa akan datang.

Sementara itu, UTHM juga menerima kunjungan delegasi dari Universitas Negeri Yogyakarta (UNY) pada hari yang sama.

 poli shenzen

1 Februari 2010

 

Untuk maklumat lanjut, hubungi

SHAFRY SALIM

PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

07-4537025 , 019-7571007

Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya

 

 

 

 

Pilihan Bahasa

W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
17 May 2012 05:19
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. Hak cipta terpelihara.

Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibilty View activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.


[+]
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • fresh color
  • warm color