Ruang Kuliah / Dewan
UTHM menyediakan ruang dan dewan kuliah yang selesa, bilik seminar dan dewan teater yang dilengkapi kemudahan alat bantuan mengajar dan hawa dingin.

Pengangkutan
Perkhidmatan pengangkutan disediakan seperti bas dan van kepada pelajar yang menginap di luar kampus untuk berulang alik menghadiri kuliah setiap hari bermula jam 7.00 pagi hingga 11.00 malam.

Kafetaria & Kantin
Kemudahan kafetaria dan kantin juga disediakan untuk staf dan pelajar menjamu selera.

Masjid
Sebuah Bangunan Masjid dan Kompleks Pusat Islam yang dilengkapi dengan Pejabat pentadbiran, bilik seminar Al-Farabi, bilik komputer Al-Khawarizmi, bilik sumber Harun Al-Rasyid dan lain-lain bangunan sokongan disediakan bagi membolehkan aktiviti-aktiviti berkaitan ibadah dan kerohanian.
Bank / ATM
Cawangan Bank Muamalat telah dibuka di dalam kampus yang terletak di Pusat Khidmat Pelajar berhampiran dengan Pusat Kesihatan Universiti. Terdapat juga kemudahan Mesin Pengeluaran Wang( ATM)
seperti Bank Muamalat, Bank Simpanan Nasional-BSN, Agro Bank yang terletak di Perhentian Bas Dataran Anggerik.
Pejabat Pos Mini
UTHM dengan kerjasama Pejabat Pos Batu Pahat telah membuka sebuah pejabat Pos Mini bagi kemudahan staf dan pelajar untuk kemudahan seperti bayaran bil-bil setempat, kiriman wang, bungkusan, surat berdaftar dan sebagainya.

Sukan & Rekreasi
Diantara kemudahan sukan dan rekreasi di UTHM adalah seperti stadium lengkap dengan trek olahraga, padang bola sepak untuk kegunaan di waktu malam dan siang, padang ragbi, padang hoki, bola jaring, bola baling, bola tampar, sepak takraw, dewan badminton, bola keranjang, squash, lapang sasar memanah dan lain-lain lagi.

Perkhidmatan Kesihatan & Perubatan
Pusat Kesihatan Universiti menyediakan perkhidmatan kesihatan terutama rawatan pesakit luar dan kecemasan. Perkhidmatan ambulan turut disediakan bagi kes-kes kecemasan.

Makmal
Makmal-makmal yang dilengkapi dengan mesin dan peralatan terkini disediakan untuk meningkatkan kefahaman, kemahiran dan potensi pelajar UTHM dalam bidang teknologi dan kejuruteraan.

Perpustakaan
Bangunan baru perpustakaan UTHM boleh menampung sehingga 3,000 pengguna. Ia menyediakan ruang belajar yang luas dan kondusif sertai dilengkapi dengan 100 bilik karel, 40 bilik perbincangan, 2 bilik seminar, bilik penyelidikan pasca siswazah, auditorium dan juga bilik pencarian maklumat.
Kolej Kediaman
Kolej Kediaman yang dilengkapi dengan kemudahan seperti surau, kafetaria, bilik rehat, bilik tamu, bilik belajar berkumpulan, perkhidmatan fotostat, kafe siber dan lain-lain lagi.

Kiosk Perkhidmatan Pelajar & Kedai Koperasi
Antara produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah alatulis, cenderamata, peralatan komputer, majalah, kafe siber, kaunter tiket bas dan akhbar selain daripada barang keperluan harian termasuk makanan dan minuman ringan.
Perkhidmatan Kaunseling dan Kerjaya
Perkhidmatan kaunseling dan kerjaya juga diberikan kepada pelajar oleh kaunselor universiti.

Pinjaman dan Biasiswa
Biasiswa dan tabung pinjaman PTPTN yang diuruskan oleh pihak UTHM.