|
Fakulti Sains, Sastera dan Warisan |
|
|
LATAR BELAKANG
Pada 7 Julai 2009, Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Bil. 2/2009 telah bersetuju untuk meluluskan penubuhan sebuah fakulti baru di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia iaitu Fakulti Sains, Sastera Dan Warisan. Hasil daripada keputusan mesyuarat tersebut, maka pada 1 Ogos 2009 fakulti ini telah ditubuhkan secara rasminya. Fakulti ini adalah merupakan hasil gabungan Pusat Pengajian Sains dan Pusat Pengajian Kemanusiaan Dan Komunikasi yang pada asalnya beroperasi secara berasingan.
VISI
Beriltizam menerajui kecemerlangan sains, sastera dan warisan untuk kesejahteraan dan kelestarian masyarakat.
MISI
Mendidik dan melahirkan golongan profesional dalam bidang sains, sastera dan warisan yang berketerampilan dan bersahsiah mulia melalui program-program akademik dan penyelidikan secara holistik dan seimbang.
OBJEKTIF
Matlamat utama Fakulti Sains, Sastera dan Warisan adalah untuk memperkukuh dan memantapkan keupayaan Fakulti menjalankan program-program sains, sastera dan warisan di UTHM. Bagi memenuhi hasrat KPT, Fakulti berusaha menghasilkan modal insan yang berupaya menerokai ilmu dan menjalankan penyelidikan secara multidisiplin. Melalui penerokaan ilmu dan penyelidikan, Fakulti mampu mengaplikasi ilmu baru ke dalam sektor kerajaan, industri dan masyarakat dengan lebih efisyen serta efektif. Bagi tujuan tersebut, maka objektif Fakulti adalah seperti berikut:
- Menawarkan program dalam bidang sains, sastera, pengajian Islam dan warisan.
- Mewujudkan jaringan kepakaran dan hubungan strategik melalui peningkatan aktiviti pengantarabangsaan.
- Melahirkan modal insan yang berakhlak mulia, mempunyai jati diri, berdaya saing, kreatif dan inovatif dalam menjana dan mengaplikasi ilmu sains, sastera, pengajian Islam dan warisan.
- Mengamalkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran berkualiti berpusatkan pelajar menerusi pembelajaran melalui pengalaman.
- Berperanan sebagai pusat rujukan dalam bidang sains, sastera, pengajian Islam dan warisan melalui jalinan pintar fakulti-komuniti-industri untuk kesejahteraan masyarakat.
- Merancang peningkatan profesionalisme staf melalui latihan berterusan dan pendidikan sepanjang hayat
- Menyediakan kemudahan dan prasarana bagi meningkatkan keintelektualan melalui aktiviti penyelidikan, penerbitan dan perundingan.
Menyediakan persekitaran yang kondusif bagi membudayakan pemikiran saintifik, reflektif, kreatif dan inovatif dalam kalangan staf akademik dan pelajar untuk menghasilkan penemuan dan aplikasi ilmu.
JABATAN
Fakulti Sains, Sastera dan Warisan merangkumi dua jabatan iaitu:
1) Jabatan Sains dan Matematik
2) Jabatan Kemanusian
MAKMAL FAKULTI
1) Makmal Matematik 1
2) Makmal Matematik 2
3) Makmal Matematik 3
4) Makmal Statistik
5) Makmal Fizik 1
6) Makmal Fizik 2
7) Makmal Fizik 3
8) Makmal Kimia
9) Makmal Multimedia 1
10) Makmal Multimedia 2
11) Makmal Bahasa 1
12) Makmal Bahasa 2
GERAN PENDEK UNIVERSITI
| Fasa1/2007 |
1) Penilaian prestasi pelajar menggunakan Modul Linear Bayesian dan Model Linear |
| Fasa1/2008 |
1) A Fuzy Logic Based Mathematical Modul For Reducing Road Accident in Malaysia |
Fasa2/2008
|
1) Faktor bina dan persekitaran yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal UTHM
2) Faktor persekitaran organisasi mempengaruhi perkongsian pengetahuan: Satu analisis dikalangan pensyarah Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA) di Malaysia |
| Fasa4/2008 |
1) Kajian keberkesanan kursus nilai teras, program pembangunan sumber manusia(HROD) di Universiti di UTHM |
DEKAN
Prof. Dr. Hashim bin Saim
HUBUNGI KAMI
Dekan
Fakulti Sains, Sastera dan Warisan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja
Batu Pahat, Johor
Tel. No: 07-4537953/7914
Fax No: 07-4536051
Email:
Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
Website: Dalam Proses Pembangunan
|
|
Terakhir dikemaskini ( Selasa, 09 Februari 2010 )
|