News Archive
MiTE 2010 – Penyelidik UTHM Menang 2 Emas, 5 Perak dan 7 Gangsa | MiTE 2010 – Penyelidik UTHM Menang 2 Emas, 5 Perak dan 7 Gangsa |
|
|
|
PWTC, Kuala Lumpur - Penyertaan penyelidik UTHM dalam Invention and Innovation Award sempena Malaysia Technology Expo 2010 (MTE'10) telah berjaya merangkul 2 pingat emas, 5 pingat perak dan 7 pingat gangsa. MTE 2010 telah berlangsung dengan jayanya pada 4 hingga 6 Februari 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dan telah dirasmikan oleh En.Mohamad bin Badri, Setiausaha Kanan Kementerian bagi mewakili Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. MTE 2010 yang dianjurkan buat kali yang ke-9 pada tahun ini turut mendapat penyertaan daripada pelbagai industri, IPTA, IPTS, agensi-agensi kerajaan serta swasta, dan penyelidik daripada beberapa buah negara lain seperti Singapore, Korea, Spanyol, Croatia, Taiwan dan Russia. Sebanyak 499 produk hasil penyelidikan dan inovasi telah dipertandingkan dalam pelbagai kategori dan telah dihakimi oleh wakil-wakil dari pihak industri. Selain itu, kriteria penghakiman pada tahun ini juga lebih memberikan penekanan kepada keupayaan hasil penyelidikan yang dipertandingkan untuk dikomersilkan. Sepanjang 3 hari pameran diadakan, lebih 35 industri telah menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan penyelidik UTHM dalam membangunkan hasil penyelidikan yang dipamerkan untuk dikomersilkan. Selain itu, booth pameran UTHM juga turut menerima anugerah ‘Booth Paling Informatif' hasil kerjasama dan komitmen semua penyelidik melayani pertanyaan pengunjung sepanjang berlangsungnya pameran tersebut. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak pengurusan universiti serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan sokongan dalam menjayakan MiTE 2010. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua penyelidik yang telah berjaya memenangi pingat dalam pertandingan yang diadakan. Semoga usaha murni ini akan dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang dalam membantu meningkatkan penyelidikan dan inovasi di UTHM. Senarai pemenang pingat adalah seperti berikut :
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Last Updated ( Rabu, 17 Februari 2010 ) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Prospective Students |
| Current Students |
| Alumni |