Panduan | Panduan ke UTHM |
|
|
Bagaimana hendak ke UTHM
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) adalah terletak di 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Kedudukan UTHM adalah terletak di antara perjalanan Batu Pahat - Air Hitam. Perjalanan yang perlu diambil untuk sampai ke UTHM sekiranya dari Bandar Batu Pahat adalah mengambil masa lebih kurang 30 minit (20 KM) dan 15 minit dari Pekan Air Hitam (15 KM). Bagi para pengguna Lebuhraya Utara - Selatan, mereka perlu memasuki ke persimpangan lebuhraya Air Hitam / Batu Pahat untuk sampai ke UTHM.
Perjalanan dari Batu Pahat - Air Hitam merupakan Jalan Persekutuan yang telah dinaik taraf dan juga merupakan laluan pengangkutan awam utama untuk sampai ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Bagi mereka yang menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan teksi, perkhidmatan tersebut boleh didapati di stesyen bas Batu Pahat, stesyen bas Kluang dan stesyen bas Air Hitam. Untuk mendapatkan khidmat penerbangan kapal terbang, ianya boleh mendapatkan khidmat tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru. Manakala perkhidmatan keretapi boleh diperolehi di Stesyen Keretapi Tanah Melayu Berhad, Kluang, Johor Darul Takzim. Penginapan di sekitar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia:
Dataran Batu Pahat
Tasik Y Pantai Minyak Beku Walaupun Pantai Minyak Beku ini tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda, ia amat sesuai untuk aktiviti memancing dan menikmati udara pantainya yang segar. Di sini terdapat sebuah perkampungan nelayan dan juga kuari untuk memproses batu dan pasir. Kawasan memancing paling sesuai dilawati di sini ialah Kampung Orang Asli dan Perkampungan Nelayan Cina Segenting. Perigi Batu Pahat yang terletak di Pantai Minyak Beku dipercayai merupakan tempat Daerah Batu Pahat mendapat namanya berdasarkan sejarah lalu. Jarak di antara Bandar Batu Pahat ke Pantai Minyak Beku adalah 8 km lebih kurang 20 minit perjalanan dan jalan raya menuju ke pantai tersebut agak berliku sedikit. Pantai Punggor Pantai ini terletak di perkampungan desa yang menarik di Punggor merupakan salah sebuah kawasan di Daerah Batu Pahat. Walaupun pantainya tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda, Pantai Punggor menawarkan keindahan panoramanya untuk mereka yang ingin beristirehat dan cintakan kedamaian. Di persisiran pantai ini juga turut menyediakan tempat memancing. BP Walk Pada waktu malam pula, Batu Pahat terkenal dengan "BP walk" iaitu sebuah kawasan sepanjang Jalan Rahmat yang penuh dengan bermacam-macam jenis gerai makanan termasuklah citarasa tempatan dan barat. BP Walk juga terkenal dengan pelbagai jenis sup yang boleh didapati di gerai-gerai tersebut. BP walk dibuka sehingga 3 atau 4 pagi setiap hari. BP Walk ini juga telah menjadi tumpuan pengunjung dari Kluang, Muar, Pontian dan Air Hitam pada waktu malam.
Air Hitam Parit Raja Sebagaimana yang diketahui umum, Pekan Parit Raja memang terkenal dengan hasil kampung seperti rempeyek, pisang salai, dan beraneka kerepek. Memperolehi namanya, Parit Raja adalah bersempena lawatan kerabat di Raja Johor yang mana dikatakan ada Raja yang berhenti di kampung ini untuk mendapatkan air minuman pada masa dahulu. Mata pencarian penduduk di sini berasaskan kepada kegiatan pertanian, perniagaan dan nelayan. Di Pekan Parit Raja ini juga terdapat pelbagai gerai makanan yang menyajikan hidangan masakan tempatan, barat dan mamak. Pelbagai jenis buah-buahan juga boleh di perolehi di sini.
Di Batu Pahat sangat terkenal dengan nasi baryani gam, mee bandung, asam pedas, cendol dan rojak. Jika ingin mendapatkan nasi baryani, anda perlu singgah ke "Benteng". Di mana ianya merupakan suatu tempat menjamu selera yang terkenal di Batu Pahat terletak bersebelahan Sungai Batu Pahat dan berhadapan dengan Hospital Pakar Putra (Putra Specialist Hospital).Makanan yang popular di sini adalah Nasi Beriyani Gam Mat Syah yang sangat terkenal oleh penduduk setempat dan penduduk Johor. Mee Bandung yang terkenal di sini terletak berhadapan dengan Hotel Garden Batu Pahat yang lebih di kenali sebagai "Mee Bandung Odean". Di Batu Pahat juga terkenal dengan masakan asam pedas dan gerai yang terkenal adalah terletak bersebelahan Pejabat Pos Batu Pahat di Jalan Rahmat. Minuman cendol yang terkenal di sini terletak di Jalan Omar yang terkenal dengan "Cendol Gelas" dan hidangan rojak yang sangat lazat. |
|
| Terakhir dikemaskini ( Isnin, 18 Jun 2012 ) |
| Bakal Pelajar |
| Pelajar |
| Alumni |
| Panduan |
| Lokasi Kampus |
| Peta Kampus |
| Kemudahan |
| Soalan Lazim |
| Kalendar Aktiviti |
| Kalendar Akademik |
| Direktori Staf |
| Staff Profiles |
| Direktori Kepakaran |