Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News arrow Construction Brigade increases job opportunities
Construction Brigade increases job opportunities Print E-mail
Hear this article

JOHOR BAHRU 16 Mac - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan memperkenal dan menubuhkan Construction Brigade (Pasukan Pembinaan) melalui Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS).

Construction Brigade yang berkonsepkan sukarelawan ditubuh bagi meningkatkan peluang pekerjaan para graduan yang terlibat.

Ia berdasarkan pengalaman yang diperoleh di samping memberi pengalaman teknikal berkaitan aktiviti pembinaan kepada pelajar sebagai nilai tambah.

Pegawai Perhubungan Awam UTHM, Shafry Salim berkata, selain itu, ia juga sebagai aktiviti khidmat masyarakat dalam membantu dan menyelesaikan mangsa bencana alam (pembinaan semula atau membaik pulih struktur).

Katanya, penubuhan itu merupakan yang pertama seumpamanya di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia.

"Seramai 250 pelajar dari FKAAS telah mendaftarkan diri menyertai Construction Brigade yang dilihat mampu membentuk jati diri di kalangan pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri melalui pengalaman mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, sebagai sebuah universiti teknikal yang berteraskan kejuruteraan, UTHM sentiasa berusaha memastikan para graduan yang dilahirkan sentiasa kompeten, berdaya saing dan mempunyai pasaran yang tinggi dalam dunia kerjaya.

Katanya, pelbagai usaha dilakukan untuk nilai tambah dengan hands-on atau latihan amali kepada para pelajar yang merentasi ilmu serta maklumat yang diperolehi dari dalam bilik kuliah.

"Ahli-ahli Construction Brigade akan diberikan pengalaman dan latihan secara praktikal berkenaan kerja asas pembinaan semasa cuti semester merangkumi pembinaan dan baik pulih rumah kediaman, jalan raya, jambatan, sistem perparitan dan isu-isu yang melibatkan alam sekitar.

"Mereka juga akan diberi peluang untuk melawat projek mega mahupun kerja pemulihan struktur binaan kesan bencana alam di luar negara," katanya.

Construction Brigade mula diperkenalkan oleh para mahasiswa dari Jabatan Fizik di Universiti Moscow pada 1958.

Pelancaran Construction Briged akan disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM merangkap Pengerusi Construction Industry Development Board (CIDB) Malaysia, Tan Sri Datuk Ir. Jamilus Md. Hussin yang dijangka akan diadakan pada 18 Mac 2010 di Wisma KLIA Holdings, Bangi, Selangor.

Sumber Utusan Malaysia

Add to Google  
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.