Login | FAQs | About UTHM Portal
Laman Utama arrow Arkib Berita arrow Pogram Jejak Alumni UTHM 2010 Bermula Di Mukah, Sarawak
Pogram Jejak Alumni UTHM 2010 Bermula Di Mukah, Sarawak Cetak Emel
Hear this article

MUKAH, 3 Apr - Pusat Kemajuan dan Hubungan Alumni (CARE) UTHM membuka lembaran baru 2010 Program Jejak Alumni UTHM 2010 di Mukah, Sarawak pada 3 April 2010 yang lalu. Pelaksanaan program seumpama ini adalah secara giliran yang mana setiap Negeri akan berpeluang menganjurkannya setiap 3 tahun sekali dengan kos ditanggung oleh pihak universiti dan sumbangan pelbagai pihak termasuklah Alumni UTHM.

Delegasi UTHM diketuai oleh Dr. Asri bin Selamat, Dekan Pembangunan dan Perkembangan Pelajar mewakili Naib Canselor dan turut disertai Dr. Mohamad Hisyam bin Mohamad Hashim, Pengarah CARE UTHM serta beberapa orang pegawai Universiti.

Dalam program ini, delegasi dari UTHM telah berkunjung ke Politeknik Mukah dan bertemu dengan para alumi UTHM yang berkhidmat di sana serta menemubual para penuntut yang belajar di situ. Beberapa sesi pertemuan dan rakaman temubual turut dibuat sebagai refleksi terhadap kemajuan Alumni UTHM yang kini telah berada dalam kelompok masyarakat berkhidmat untuk negara. Selain menemubual para alumni seketariat lawatan turut menemubual Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) Politeknik Mukah.

Satu Majlis Makan Malam turut diaturkan bertempat di Hotel Kingwood, Mukah. Majlis ini telah dihadiri oleh 60 orang Alumni UTHM. Bagi tujuan mempromosikan UTHM, turut diundang ke majlis ini adalah 20 orang pelajar tahun akhir Politeknik Mukah. Majlis diserikan dengan kehadiran En. Khairul Nizam bin Morshidi, Wakil Rasmi kepada YB ADUN Jemoreng merangkap Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menyatakan bahawa, "Kehadiran Alumni UTHM di Mukah, Sarawak yang kini majoritinya sedang berkhidmat sebagai pensyarah di Politeknik Mukah telah memberikan impak yang positif dalam mendidik masyarakat setempat melalui perkongsian ilmu pengetahuan. Malah dapat dilihat dengan wujudkan Politeknik di Mukah ini telah mempercepat proses pembangunan Mukah, Sarawak".

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Disediakan oleh,

AHMAD ZULFADLI BIN JUSOH

Penolong Pendaftar

CARE UTHM

Terakhir dikemaskini ( Isnin, 26 April 2010 )
 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
18 May 2013 20:09
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. Hak cipta terpelihara.

Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibilty View activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.