Login | FAQs | About UTHM Portal
Laman Utama arrow Arkib Berita arrow UTHM, Naib Johan Kejohanan Hoki Terbuka Sempena Ulangtahun Bandaraya Melaka Bersejarah 2010
UTHM, Naib Johan Kejohanan Hoki Terbuka Sempena Ulangtahun Bandaraya Melaka Bersejarah 2010 Cetak Emel
Hear this article
 

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM), Naib Johan Kejohanan Hoki Terbuka 6 Sebelah (Lelaki) Piala Datuk Bandar Melaka. Kejohanan peringkat antarabangsa ini telah diadakan pada 17 hingga 18 April 2010 di Stadium Hoki Bukit Serindit, Melaka, Sempena Ulangtahun ke-7, Bandaraya Melaka Bersejarah. Sebanyak 34 pasukan hoki serata negara telah menyertai kejohanan pada kali ini. Ini termasuklah beberapa IPTA seperti UNIMAP, UTEM dan UTHM.

Pasukan Hoki Staf UTHM telah menghantar 2 pasukan bagi menyertai kejohanan tersebut. Penyertaan ini adalah sebagai salah satu pendedahan kepada pasukan hoki staf UTHM untuk meningkatkan prestasi pasukan dan sebagai persediaan pasukan menghadapi Sukan Antara Universiti Malaysia (SUKUM) pada bulan Jun 2010 di Universiti Sains Malaysia. Selain itu, ia juga adalah sebagai tanda sokongan Universiti terhadap aktiviti sukan hoki yang diadakan di dalam negara.

Pasukan hoki UTHM "A" telah berjaya ke peringkat akhir kejohanan menentang wakil pasukan Angkatan Tentera Malaysia (RAMD) . Pasukan hoki RAMD begelar juara apabila menewaskan pasukan hoki UTHM "A" melalui pukulan penalti. Manakala pasukan hoki UTHM "B" tewas diperingkat kumpulan. Naib Johan kejohanan menerima hadiah sebanyak RM 1,500.00 dan medal daripada Datuk Bandar Melaka, Datuk Yusof bin Jantan.

Dengan kejayaan ini, pasukan hoki staf UTHM ingin merakamkan setinggi - tinggi penghargaan terima kasih kepada pihak Universiti terutama Kelab Staf KUiTTHO (KSKUiTTHO) dan Pusat Kebudayaan, Sukan dan Kokurikulum (PKSK) dalam memberi sokongan yang padu bagi menyertai kejohanan ini.

Disediakan oleh

Mohd Zairil Bin Zainal, Pengurus Pasukan Hoki Staf

18 April 2010

Melaka

Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 30 April 2010 )
 

Pilihan Bahasa

W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
17 May 2012 05:19
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. Hak cipta terpelihara.

Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibilty View activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.


[+]
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • fresh color
  • warm color