News Archive
UTHM erat kerjasama dengan UIAM, UMP | UTHM erat kerjasama dengan UIAM, UMP |
|
|
|
Universiti berkenaan ialah Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Kuantan, Pahang. Lawatan kerja dua hari bermula 19 April lalu adalah sebagai menyahut seruan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagi memupuk dan menerapkan budaya melalui perkongsian pengalaman dan maklumat dengan rakan universiti lain. Mohd. Noh berkata, lawatan itu diadakan bagi meninjau kemudahan pengajaran yang terdapat di UIAM dan UMP selain mengeratkan lagi hubungan di antara kedua-dua pihak. "Di UIAM, satu perbincangan dua hala diadakan bagi mengenal pasti peluang atau kepakaran yang boleh dikongsi bersama. "Sementara itu, kami turut menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dengan UMP bagi memastikan penyelidikan, mobiliti pelajar, penerbitan bersama dan sebagainya akan dijalinkan dalam bentuk kerjasama," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini. Di UIAM, delegasi UTHM disambut oleh Pengarah Kampus UIAM, Kampus Kuantan, Profesor Datuk Dr. Kamaruzzaman Wan Su yang turut dihadiri Rektor UIAM, Profesor Datuk Seri Dr. Syed Arabi Idid. Ketika tiba di UMP pula, delegasi UTHM disambut oleh Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim dan pegawai-pegawai kanan UMP. Menurut Mohd. Noh, kedua-dua universiti berkenaan akan menggunakan kepakaran dimiliki untuk berganding bahu menjalankan kajian penyelidikan berkaitan kepelbagaian bio di hutan berkenaan. "Hasil kajian penyelidikan itu dapat memberi maklumat lebih tepat untuk kita menyediakan kertas cadangan Taman Negara Endau-Rompin sebagai Tapak Warisan UNESCO. "Jika berjaya disenaraikan maka ia banyak faedah kepada kerajaan negeri terutama berkaitan sektor pelancongan," katanya. Katanya, kedua-dua universiti akan menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama bagi memperkenalkan kira-kira 80,000 hektar hutan hujan tropika tertua di dunia berusia 130 juta tahun yang kaya dengan flora dan fauna kepada penyelidik tempatan serta antarabangsa. Sumber: Utusan Malaysia Online, 18 Mei 2010 |
| Prospective Students |
| Current Students |
| Alumni |