News Archive
Staf UTHM Harumkan Nama Negara | Staf UTHM Harumkan Nama Negara |
|
|
|
Salah seorang staf UTHM dari Pusat Kokurikulum, Sukan dan Kebudayaan (Shaid bin Jaffar) telah berjaya mengharumkan nama UTHM dan Malaysia di Kejohanan International Rafting Federation (IRF) Australasian Rafting Champs 2010 yang berlangsung di Sungai Serayu Daerah Banjarnegara Jawa Tengah dan Sungai Progo, Kabupaten Magelang, pada 22 – 28 April 2010 apabila berjaya membawa pulang pingat gangsa bagi kategori “Down River Race”. Dalam kejohanan ini pasukan Malaysia telah menyertai 4 acara iaitu Sprint, Slalom, Head to Head dan Down River. Pingat tunggal Pasukan Malaysia telah berjaya di perolehi bagi kategori “Down River Race” sejauh 17km.. Kejayaan ini sekaligus membuktikan bahawa Malaysia juga mampu bersaing dengan pasukan luar negara seperti Indonesia, Kazakstan, Iran dan Slovakia yang terkenal dengan sukan kayak dan berakit arus deras (white water rafting). Kemenangan ini amat bermakna apabila Pasukan Malaysia berjaya mengalahkan pasukan Kazakstan dan Iran yang sebelum ini sukar untuk ditewaskan. Kejayaan beliau yang baru pertama kali terpilih mewakili Pasukan Malaysia telah membuktikan bahawa UTHM juga mampu melahirkan atlit dalam sukan “White Water Rafting” di peringkat antarabangsa. Selain daripada kejayaan peribadi yang beliau perolehi, sebagai seorang jurulatih UTHM beliau juga telah berjaya menjulang nama UTHM sehingga berjaya menjadi Juara Varsity Boat Race 2009 di Putrajaya di mana Pasukan Rowing UTHM telah mengalahkan universiti-universiti lain. Selain dari itu, beliau juga telah menggerakkan Pasukan Rowing UTHM untuk mencipta nama di The Malaysia Book of Record dengan 48 jam mendayung tanpa henti oleh pelajar-pelajar UTHM yang telah diadakan di Square One, Batu Pahat pada 10 - 12 April 2010 “Majulah Sukan Untuk Negara”
Oleh, |
| Prospective Students |
| Current Students |
| Alumni |