Login | FAQs | About UTHM Portal
Laman Utama arrow Arkib Berita arrow Naib Canselor UTHM hadiri Majlis Doa Selamat dan Penyerahan Bangunan Perpustakaan
Naib Canselor UTHM hadiri Majlis Doa Selamat dan Penyerahan Bangunan Perpustakaan Cetak Emel
Hear this article

Masa yang dinanti-nantikan oleh warga UTHM untuk menduduki bangunan perpustakaan   yang serba canggih akhirnya terlaksana. Tanggal 20 Mei 2010 satu majlis doa selamat dan solat hajat telah diadakan di Ruang Pustaka Kanak-kanak Bangunan Perpustakaan.

Majlis dihadiri oleh Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin diiringi oleh Penolong Naib Canselor (Penyelidikan, Inovasi dan Pembangunan) Prof. Ir. Dr. Zainal Abidin bin Ahmad, Pengarah PPH Profesor Madya Dr. Ahmad Tarmizi bin Abd. Karim dan Ketua Pustakawan Bharun Narosid bin Mat Zin.

Majlis dimulakan dengan solat hajat dan bacaan yaasin serta doa selamat yang dipimpin oleh Ustaz Shahril. Sebaik majlis selesai, satu upacara penyerahan bangunan baru perpustakaan kepada pihak UTHM daripada pihak pemaju telah diadakan. Dokumen penyerahan telah ditandatangani oleh Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin wakil bagi pihak UTHM, manakala wakil dari Pembinaan Hamid Abdul Rahman dan Ekovest (JV) Sdn. Bhd. sebagai pemaju serta Jabatan Kerja Raya Malaysia selaku pemantau projek.

Dengan upacara penyerahan ini dijangkakan kerja-kerja perpindahan perpustakaan UTHM akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi memastikan perpustakaan baru ini boleh digunakan oleh mahasiswa pada Semester 1 Sesi 2010/2011 yang akan bermula pada Julai depan.

  lib

 

Bangunan Perpustakaan UTHM yang baru bakal beroperasi sepenuhnya pada Semester 1 Sesi 2010/2011 yang bermula pada bulan Julai yang akan datang.

 

 

 

lib

 

 

Sebahagian staf yang terlibat dalam Majlis Solat Hajat, Bacaan Yaasin dan Doa Selamat yang diadakan di Ruang Pustaka Kanak-kanak Bangunan Perpustakaan.

 

 

 

 

 

Prof. Dato' Dr. Mohd. Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM (berbaju hijau) dan En. Bharun Narosid b. Mat Zin, Ketua Pustakawan turut hadir dalam majlis tersebut.

 

 

 

 

 

lib

 

 

Prof. Dato' Dr. Mohd. Noh Dalimin wakil bagi pihak UTHM (tengah) sedang menandatangani dokumen penyerahan bersama wakil dari Pembinaan Hamid Abdul Rahman dan Ekovest (JV) Sdn. Bhd. (kiri) sebagai pemaju serta Jabatan Kerja Raya Malaysia selaku pemantau projek (kanan)

 

 

 

 

Penyerahan replika kunci bangunan Perpustakaan telah diserahkan oleh wakil dari Pembinaan Hamid Abdul Rahman dan Ekovest (JV) Sdn. Bhd kepada Naib Canselor UTHM.

 

 

 

 

 

Dikeluarkan oleh,

Shafry Salim

Pegawai Perhubungan Awam

Terakhir dikemaskini ( Isnin, 07 Jun 2010 )
 

Pilihan Bahasa

W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
17 May 2012 05:19
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. Hak cipta terpelihara.

Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibilty View activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.


[+]
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • fresh color
  • warm color