Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow UTHM Menang 1 Pingat Emas Dan 1 Pingat Gangsa Di NRIC 2010,USM
UTHM Menang 1 Pingat Emas Dan 1 Pingat Gangsa Di NRIC 2010,USM Print E-mail
Hear this article

 

USM, Pulau Pinang - Pelajar Projek Sarjana Muda Tahun Akhir  Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya merangkul 1 pingat emas dan 1 pingat gangsa daripada 5 produk penyelidikan di pertandingan ” National Research And Innovation Competition 2010 (NRIC’10) ”  yang  telah berlansung pada 25 hingga 29 Mei 2010 di Dewan Utama Pelajar, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Keupayaan pelajar-pelajar UTHM memperolehi 2 pingat di pertandingan ini, membuktikan bahawa UTHM mampu melahirkan mahasiswa yang kreatif, inovatif dan dapat bersaing diperingkat global. Selain itu, keberkesanan sistem pengajaran dan pembelajaran di UTHM yang sentiasa memberikan penekanan terhadap budaya penyelidikan dan inovasi dikalangan pelajarnya turut menjadi faktor penyumbang kepada kejayaan ini.

Pusat Penyelidikan Dan Inovasi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan penyertaan pelajar UTHM dalam pertandingan ini khususnya kepada pihak pengurusan tertinggi universiti, fakulti, Pejabat Hal Ehwal Pelajar, penyelaras PSM, dan semua peserta yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang telah berjaya. Diharapkan kejayaan ini akan dapat membantu melahirkan generasi penyelidik yang mampu menyumbang kepada kemakmuran sejagat. Semoga kejayaan ini akan dapat diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang

Senarai nama pemenang pingat adalah seperti berikut :

Bil

Nama Peserta

Fakulti

Nama Projek

Pingat

1.

Teoh Suk Kuan

Siow Yen Yen

Kuan Kar Gaik

FTMM

Hiding Criminal Information System (HCIS)

Emas

2.

Lee Mei Poh

FKEE

Controlling Mobile Robot Via Bluetooth

Gangsa

 


Research & Innovation Center
UNIVERSITY TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
Last Updated ( Jumaat, 04 Jun 2010 )
 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
21 Mei 2013 15:14
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.