Login | FAQs | About UTHM Portal
Laman Utama arrow Arkib Berita arrow UTHM Kini Miliki Dua Pro-Canselor
UTHM Kini Miliki Dua Pro-Canselor Cetak Emel
Hear this article

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kini memiliki dua orang Pro-Canselor dengan pelantikan Tunku Mahkota Johor sebagai Pro-Canselor. Pelantikan beliau sebagai Pro-Canselor dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar semasa bertitah dalam Majlis Konvokesyen Kesembilan UTHM Khamis lalu.

Pelantikan ini bakal memantapkan lagi hierarki kepimpinan UTHM kerana selain dinaungi oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor sebagai Canselor, Universiti Ini turut mendapat bimbingan Tunku Mahkota Johor dan Tan Sri Dato' Seri Ir. Shamsudin Abdul Kadir sebagai Pro-Canselor.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dilahirkan pada 30 Jun 1984 di Johor Bahru merupakan anak sulung daripada enam beradik. Beliau mendapat latihan ketenteraan di Indian Military Academy (IMA) sebuah akademi ketenteraan ulung yang terletak di Dehradun India.

Semasa berada di India,  beliau pernah mencatat sejarah apabila menjadi individu bukan warganegara India pertama dipilih mengetuai Unit 61 Cavalry Regiment yang berpangkalan di Jaipur, India dalam perarakan sempena Hari Kemerdekaan negara itu.


Tunku Ismail berkemahiran tinggi menunggang kuda dan merupakan pemain polo yang disegani dalam rejimen berkenaan. Dalam sukan polo, Tunku telah merangkul pelbagai kejuaraan dan anugerah di peringkat antarabangsa.

Sementara itu, Tan Sri Dato' Seri Ir. Shamsudin pula merupakan pengasas dan pengerusi Sapura Holdings Sdn. Bhd. Sebelum dilantik sebagai Pro-Canselor, anak kelahiran Ipoh, Perak ini merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM yang pertama dan memegang jawatan tersebut selama lapan tahun.

Naib Canselor UTHM, Prof Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin dalam kenyataannya hari ini berkata "Pihak Universiti berasa sungguh terharu dan menyanjung tinggi perkenan yang diberikan oleh Tuanku Sultan Johor dengan pemahsyuran Tunku Mahkota Johor sebagai Pro-Canselor UTHM. Saya yakin gabungan sumbangan dan idea Tunku Mahkota Johor dan YBhg. Tan Sri Dato' Seri Ir. Shamsudin sebagai Pro-Canselor akan berupaya memacu Universiti ini ke tahap yang lebih cemerlang di masa akan datang". 

Dikeluarkan oleh:

Shafry Salim

Pegawai Perhubungan Awam

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Tarikh: 9 Julai 2010

Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 09 Julai 2010 )
 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
18 May 2013 20:09
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. Hak cipta terpelihara.

Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibilty View activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.