News Archive
UTHM EMCenter receives research sponsorship from Altera Corporation (M) Sdn. Ltd. | UTHM EMCenter receives research sponsorship from Altera Corporation (M) Sdn. Ltd. |
|
|
|
EMCcenter UTHM mendapat pengiktirafan antarabangsa dalam penyelidikan apabila mendapat penajaan dari Altera Corporation (M) Sdn. Bhd. yang beribu pejabat di San Jose, California, USA. Perjanjian penajaan telah ditandatangani baru-baru ini oleh kedua pihak dengan UTHM disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Naib Canselor.
Penajaan penyelidikan ini membuktikan kepakaran dan kemudahan di EMCcenter mendapat kepercayaan dari syarikat teknologi tinggi luar negara. Altera Coropration (M) Sdn. Bhd. adalah syarikat mutinasional yang unggul dalam menghasilkan litar bersepadu FPGA (Field Programmable Gate Array) yang banyak digunakan dalam industri otomotif, telekomunikasi dan pertahanan. Penajaan penyelidikan ini adalah bagi membiayai bahan dan perjalanan seorang pelajar PhD yang akan menjalankan penyelidikan bagi merekabentuk teknik pengukuran dan pemodelan berkaitan pancaran elektromagnet cip FPGA yang sedang dalam pembangunan. Penyelidikan ini mempunyai impak pada peringkat global kerana cip FPGA yang dihasilkan kelak akan digunakan di serata dunia. Dijangkakan dengan penajaan ini aktiviti penyelidikan di EMCcenter akan lebih mantap dengan penyelidikan yang berasaskan keperluan industri. Pada masa ini terdapat 3 pelajar pasca ijazah dari industri (2 dari TM Research and Development dan seorang dari Agilent Technologies (M) Sdn. Bhd) di EMCcenter. |
| Prospective Students |
| Current Students |
| Alumni |