|
UTHM Muncul Naib Johan Pertandingan Kompang Anjuran Kraftangan Malaysia |
|
|
Pada 31 Julai, Kompleks Kraf Kuala Lumpur dimeriahkan dengan paluan kompang dan rebana dari 24 pasukan yang menyertai Pertandingan Kompang dan Rebana sempena Promosi Kerja Kahwin 2010. Pertandingan yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang ini turut disaksikan oleh Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Yang Berbahagia Encik Mohd Kamil bin Mohd Ali.
Pasukan Kompang EZHAR Desa Ria dari Petaling Jaya, Selangor telah dinobatkan sebagai Juara Pertandingan membawa pulang hadiah wang tunai RM5000.00, hadiah iringan dan sijil. Naib Johan dimenangi oleh Pasukan Kompang Paluan Keramat dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat Johor. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM3000.00, hadiah iringan dan sijil. Tempat Ketiga membawa pulang hadiah wang tunai RM2000.00, hadiah iringan dan sijil dimenangi oleh Pasukan Kompang EZHAR Zon Melaka Tengah (A).
Shafry Salim
Pegawai Perhubungan Awam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat Johor
Tel.: 07-453 7025 / 019-757 1007
Faks: 07-453 6177
|