Hal Ehwal Pelajar
SISPA | SISPA |
|
|
PENGENALAN SISPA ialah Siswa Siswi Pertahanan Awam yang ditubuhkan di Universiti sebagai aktiviti ko-kurikulum di bawah penyeliaan Pusat Kokurikulum, Sukan dan Kebudayaan UTHM. Mula ditubuhkan pada tahun Jun 2010 dengan pengambilan sesi 2010/2011 seramai 300 orang ahli. Penubuhan kursus badan beruniform di Universiti sebagai kursus kokurikulum adalah bertujuan untuk meperkasakan soft skill di kalangan pelajar. Kursus pasukan beruniform ini dapat memberi nilai tambahan kepada pelajar dari segi soft skill. Di samping penekanan kepada pencapaian akedemik yang cemerlang. Secara spesifiknya kemahiran yang dapat diterapkan melalui kokurikulum SISPA ini ialah semangat kerja berpasukan, memupuk nilai jati diri dan cintakan kepada tanah air.
OBJEKTIF Objektif menubuhkan SISPA adalah seperti berikut: I. Memberi pendedahan kepada golongan profesional betapa pentingnya pengurusan bencana. II. Meningkatkan tahap penglibatan pelajar dalam kesukarelawanan. III. Menanam semangat kerjasama, bertanggungjawab, perikemanusiaan, taat setia dan cintakan negara. VISI Menerajui badan kesukarelawanan dalam pengurusan bencana. MISI Melahirkan ahli profesional dan yang berkemahiran dalam pengurusan bencana alam KETUA SISPA UTHM diketuai oleh Kolonel Kehormat (PA) Prof. Dr. Jailani Md. Yunos. HUBUNGI KAMI
Mej. Bersekutu (PA) Norza Iskandar Helmi Abdullah atau Staf Muda(PA) Nurulnikmah bt Abu Samah Pegawai Peyelaras SISPATel : 07-4538651/8652/8650 Fax: 07-4538649 Emel : Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya URL : http://sispa.uthm.edu.my/ |
|||
| Terakhir dikemaskini ( Selasa, 26 Mac 2013 ) | |||
| Bakal Pelajar |
| Pelajar |
| Alumni |