Login | FAQs | About UTHM Portal
Laman Utama arrow Arkib Berita arrow Lebih 500 Jemaah Berbuka Puasa Di Masjid Jamek UTHM Setiap Hari
Lebih 500 Jemaah Berbuka Puasa Di Masjid Jamek UTHM Setiap Hari Cetak Emel
Hear this article

 

Sempena Bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) meneruskan tradisi meraikan para pelajar serta kakitangannya dengan menyediakan juadah berbuka puasa di Masjid Jamek UTHM setiap hari di sepanjang bulan Ramadan ini.

Perkara ini telah menjadi amalan Universiti sejak beberapa tahun yang lalu dan pada tahun ini dijangkakan lebih 500 warga Universiti khususnya pelajar UTHM akan berbuka puasa di Masjid Jamek UTHM setiap hari. Sebahagian daripada pelajar yang berbuka puasa di masjid jamek UTHM adalah pelajar antarabangsa yang datang dari pelbagai negara antaranya ialah Indonesia, Yemen, Libya, Somalia, Palestin, Bangladesh, Brunei, Cambodia, Chad, Egypt, Iraq, Nigeria, Pakistan, Sudan, Thailand dan Turki. Pada masa ini UTHM mempunyai seramai 276 orang pelajar antarabangsa. Di samping itu, pihak Masjid Jamek UTHM juga akan mula mengagihkan secara percuma bubur lambuk kepada warga Universiti pada setiap hari Rabu.

Perbelanjaan keseluruhan untuk juadah berbuka puasa ini adalah hasil sumbangan kakitangan UTHM dan orang ramai. Sehubungan itu, kepada mana-mana pihak yang ingin menghulurkan sumbangan sila berhubung terus ke Pejabat Pusat Islam UTHM melalui talian 07-453 7498 / 453 7649.  

 

 

 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
23 May 2013 14:58
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. Hak cipta terpelihara.

Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibilty View activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.