Login | FAQs | About UTHM Portal
Laman Utama arrow Arkib Berita arrow UTHM rai pelajar antarabangsa Sambut 1 Syawal
UTHM rai pelajar antarabangsa Sambut 1 Syawal Cetak Emel
Hear this article
 

Sempena 1 Syawal 1431, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya bersama pelajar-pelajarnya yang tidak pulang ke kampung halaman. Majlis diadakan di Dewan Terbuka UTHM. Majlis dianjurkan bersama oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Pejabat Antarabangsa dan Pusat Islam UTHM.

Majlis berlangsung setelah selesai solat sunat dan khutbah Aidilfitri di Masjid Universiti. Perkara ini telah menjadi amalan Universiti sejak beberapa tahun yang lalu dan diadakan khusus bagi meraikan pelajar-pelajar yang tidak pulang berhari raya di kampung terutamanya bagi pelajar-pelajar dari Sabah dan Sarawak dan juga pelajar-pelajar antarabangsa yang datang dari pelbagai negara; antaranya ialah Indonesia, Yemen, Libya, Somalia, Palestin, Bangladesh, Brunei, Cambodia, Chad, Egypt, Iraq, Nigeria, Pakistan, Sudan, Thailand dan Turki.

Lebih 200 orang pelajar dan tetamu termasuk pegawai-pegawai pengurusan UTHM hadir bagi menjayakan majlis ini. Antara juadah yang disediakan termasuklah ketupat, rendang daging, ayam masak merah, nasi beriyani dan tidak ketinggalan kuih-kuih raya tradisional dan juga moden.  Majlis ini sangat memberi erti kepada pelajar-pelajar ini yang tidak dapat menyambut syawal bersama keluarga dan sanak saudara.

Shafry Salim

Pegawai Perhubungan Awam

UTHM

Terakhir dikemaskini ( Rabu, 15 September 2010 )
 

Pilihan Bahasa

W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
17 May 2012 05:19
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. Hak cipta terpelihara.

Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibilty View activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.


[+]
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • fresh color
  • warm color