News Archive
PERKASA UTHM Melantik Jawatankuasa Baru Bagi Sesi 2010/12 | PERKASA UTHM Melantik Jawatankuasa Baru Bagi Sesi 2010/12 |
|
|
|
PERKASA UTHM MELANTIK JAWATANKUASA BARU BAGI SESI 2010/12
3 November 2010 Penubuhan Persatuan Pensyarah dan Pengajar pada November 2007 telah melakarkan satu sejarah dalam pembangunan UTHM. Persatuan ini yang lebih dikenali sebagai PERKASA UTHM yang bertujuan untuk memperjuangkan kepentingan staf akademik di UTHM dan di negara ini, amnya. Di samping itu, ia juga menjadi wadah muzakarah antara pihak staf akademik dengan pengurusan UTHM serta pihak lain yang berkenaan. Setelah 3 tahun diwujudkan, PERKASA UTHM telah mengadakan mesyuarat agung tahunannya bagi kali kedua dan pada kali ini ahli-ahlinya telah memilih ahli jawatankuasa yang baru. Peluang sebegini dapat dilaksanakan oleh ahli dua tahun sekali berdasarkan kepada perlembagaan yang telah diluluskan oleh Pendaftar Persatuan (Registrar of Society Malaysia). Menurut presiden PERKASA UTHM yang telah dilantik semula bagi kali kedua, Prof. Madya Dr Hj Mohd Idrus Hj Mohd Masirin, PERKASA UTHM amat bertuah kerana mesyuarat agung kali ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Dato' Dr Mohd Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM, selaku Penaung PERKASA UTHM. Tambah beliau lagi, pada kali ini 3 usul telah dibahaskan dan diluluskan oleh semua ahli yang turut hadir. Antaranya ialah usul agar semua staf akademik diterima secara automatik sebagai ahli dan membenarkan staf yang tidak berminat menjadi ahli untuk memohon dikecualikan. Bagaimanapun, cadangan ini perlu mendapat kelulusan dan persetujuan pihak eksekutif UTHM sebelum dilaksanakan. Di dalam ucapan perasmian Y.Bhg. Dato' Naib Canselor, beliau mengucapkan tahniah kepada semua ahli yang telah dapat hadir dalam mesyuarat agung tersebut dan ini menunjukkan komitmen yang tinggi di kalangan staf akademik yang hadir kepada persatuan. Beliau berpendapat berpersatuan mempunyai banyak kebaikan dan dapat memberi manfaat kepada banyak pihak. Oleh itu, UTHM akan sentiasa memberikan sokongan dalam memastikan penubuhan PERKASA UTHM sentiasa memberikan kesan yang positif ke arah pembangunan universiti dan warga akademiknya. Beliau juga berharap staf akademik akan terus meningkatkan kecemerlangan masing-masing kerana pihak universiti sedang mengkaji pemakaian syarat kenaikan pangkat secara merit-based dan time-based sejajar dengan keputusan dalam persidangan GAKUM tempohari. Semoga ia akan menjadi pemangkin kepada budaya kerja cemerlang di universiti ini. Turut hadir dalam mesyuarat agung ini adalah penasihat persatuan, Prof. Ir Dr Amir Hashim bin Mohd Kassim selain lebih 40 orang staf akademik dari kalangan pensyarah dan pengajar. Pemilihan kali ini telah dipengerusikan oleh En. Miswan bin Surip dan ahli telah memilih 15 staf akademik sebagai AJK dengan pencalonan meliputi dari semua fakulti di UTHM. Proses pemilihan telah berjalan dengan baik dan lancar. Dalam ucapan penangguhannya, Presiden PERKASA UTHM yang baru berharap semua ahli jawatankuasa dan staf akademik akan dapat bekerjasama untuk menyemarakkan aktiviti persatuan. Tahun 2011 diharap akan dapat memberikan lebih banyak peluang kepada pensyarah dan pengajar di UTHM bagi mengembangkan lagi kerjaya masing-masing untuk pembangunan dan keharmonian UTHM dan negara. Syabas kepada PERKASA UTHM atas inisiatif mereka bagi memartabatkan staf akademik UTHM agar setaraf dengan staf akademik di IPT yang lain.
BARISAN KEPIMPINAN PERKASA SESI 2010-2012
Presiden : Profesor Madya Dr. Mohd Idrus bin Hj Mohd Masirin (FKAAS) Timbalan Presiden : Dr. Yusri bin Hj. Yusof (FKMP) Setiausaha : Dr. Mohammad Sukri bin Mustapa (FKMP) Pen. Setiausaha : Prof. Madya Dr Ahmad bin Esa (FPTEK) Bendahari : En. Miswan Bin Surip (FSKTM) Pen Bendahari : Dr. Maizlinda Izwana bte Idris (FKMP) Ahli Jawatankuasa : •1- Prof. Madya Dr. Khalid bin Hasnan (FKMP) •2- Dr. Berhannudin bin Mohd Salleh (FSSW) •3- Sr. Dr. Wan Zahari bin Wan Yusoff (FPTPK/PPH) •4- Tn. Hj. Kamarolzaman bin Md Jidi (FPTEK) •5- Tn. Hj. Mohd Nor bin Ihkasan (FPTEK) •6- Pn. Hjh. Nafisah @ Kamariah bt. Md Kamaruddin (PPD) •7- Dr. Azizi bin Miskon (FKEE) •8- En. Adnan bin Zainorabidin (FKAAS) •9- En. Azizan bin Ismail (FSKTM) •10- (Akan dilantik dari kalangan Staf Pengajar UTHM) Pemeriksa Kira-Kira : •1- Dr. Rozilah binti Kasim (FPTPK) •2- Dr. Zawawi bin Daud (FKAAS) Pembantu Presiden Dengan Tugas-tugas Khas : (Lantikan Khas Presiden) •1- Prof. Madya Hj Kamarudin bin Khalid (FPTEK) •2- Dr. Mohd Sabri bin Ismail (FSSW) •3- Tuan Syed Burhanuddin Hilmi bin Syed Mohamad (FKAAS)
|
|
| Last Updated ( Rabu, 10 November 2010 ) |
| Prospective Students |
| Current Students |
| Alumni |