News Archive
UTHM Buka Bilik Gerakan Maklumat Banjir | UTHM Buka Bilik Gerakan Maklumat Banjir |
|
|
|
Bagi menghadapi musim Tengkujuh yang dijangka melanda selatan tanah air, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengambil langkah awal dengan mewujudkan satu Jawatankuasa khas bagi menggerakkan operasi Bilik Gerakan Maklumat Banjir (BGMB) UTHM. Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Pendaftar UTHM, Haji Sulam Hamid ini turut dianggotai Pengarah Pejabat Pengurusan Hartabina, Pengarah Pusat Kesihatan Universiti, Pejabat Pengurusan Akademik, Dekan Pembangunan dan Pengembangan Pelajar, Pegawai Perhubungan Awam dan Ketua Unit Keselamatan UTHM. Bagi memperkukuhkan jentera operasi bilik gerakan ini, jawatankuasa ini turut disertai oleh pasukan-pasukan beruniform UTHM iaitu Palapes, Kor-Suksis dan Sispa. Sekiranya berlaku banjir, pihak Universiti telah memutuskan bahawa kolej-kolej kediaman UTHM akan dijadikan pusat penempatan untuk staf dan pelajar UTHM. Setiap pusat penempatan akan diselia oleh pasukan-pasukan beruniform UTHM. Berikut adalah pusat-pusat penempatan yang telah ditentukan:
Lokasi Bilik Gerakan Maklumat Banjir UTHM adalah di Bangunan Pejabat Pendaftar UTHM. Untuk menyalurkan sebarang pertanyaan atau makluman berkaitan banjir di UTHM, warga Universiti dan orang ramai boleh menghubungi talian 07-4537146 (Balai Pengawal UTHM - 24 jam) atau 07-4537026 (Unit Perhubungan Awam UTHM - waktu bekerja). Bagi memastikan informasi terkini berkenaan status cuaca dan perkembangan banjir ini dapat disalur dan dikongsi dengan lebih meluas, Unit Perhubungan Awam UTHM turut mewujudkan satu kumpulan khas dalam laman sosial Facebook yang boleh dilayari melalui www.facebook.com/info banjir uthm. Para pelayar internet juga boleh menyalurkan sebarang maklumat berkaitan banjir ini dengan menghantar maklumat ke This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it Tindakan awal umpama "Sediakan Payung Sebelum Hujan" ini adalah selaras dengan saranan pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) telah menubuhkan Bilik Gerakan Maklumat Banjir bagi memantau perkembangan banjir di seluruh tanah air khususnya yang melibatkan IPTA, Politeknik dan Kolej Komuniti. Untuk rekod, kampus UTHM pernah dilanda bencana banjir ini ketika banjir besar melanda Negeri Johor pada penghujung tahun 2006 yang lalu.
Dikeluarkan oleh, Shafry Salim Pegawai Perhubungan Awam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Tel: 07-453 7025 (p) / 019-7571007 E-Mel: This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it |
| Prospective Students |
| Current Students |
| Alumni |