|
Kelayakan Minimum Lepasan STPM
|
Syarat Am Universiti
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau kepujian Bahasa Melayu Kertas Julai;
dan
Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya:
•· Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am;
dan
•· Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain.
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
|
|
Kelayakan Minimum Diploma/Setaraf
|
Syarat Am Universiti
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;
dan
Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA;
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
|
|
Kelayakan Minimum Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi Undang-Undang
|
Syarat Am Universiti
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau kepujian Bahasa Melayu Kertas Julai;
dan
Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/ Asasi Undang-Undang dengan sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.00;
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
|
|
|
Terakhir dikemaskini ( Selasa, 19 Januari 2010 )
|