News Archive
Profesor Ayob Johari buka tirai Syarahan Perdana 2011 UTHM | Profesor Ayob Johari buka tirai Syarahan Perdana 2011 UTHM |
|
|
|
Oleh: Shafry Salim Tirai Siri Syarahan Perdana 2011 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dibuka dengan penyampaian syarahan daripada Profesor Ayob Johari dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik UTHM pada 27 Januari 2011. Syarahan yang bertajuk "Wireless Technology : Can We Live Without It?" ini telah disampaikan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail UTHM.
Siri Syarahan Perdana merupakan program tahunan UTHM sejak tahun 2009. Program ini menjadi wadah kepada para Profesor Universiti menyebarluaskan kajian dan hasil penyelidikan mereka kepada khalayak umum. Sejak dimulakan pada tahun 2009, seramai 11 orang Profesor telah menyampaikan syarahan masing-masing. Pada tahun 2011 ini, seramai 10 orang Profesor lagi akan menyampaikan syarahan mereka. Setiap syarahan perdana ini akan diiringi dengan penerbitan buku syarahan perdana yang akan diedarkan secara percuma kepada para hadirin semasa sesi ceramah. Dalam setiap majlis syarahan perdana, Pemidato Utama akan akan diringi Naib Canselor dan ahli senat Universiti lengkap mengenakan jubah akademik masuk ke dewan syarahan. Sebelum syarahan dimulakan, Naib Canselor atau Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) akan memperkenalkan pemidato kepada para hadirin dan salah seorang daripada mereka juga akan membuat penggulungan dan ulasan selepas syarahan disempurnakan.
Profesor Ayob dalam syarahannya memperincikan sejarah dan perkembangan teknologi wireless serta huraian istilah-istilah utama yang digunakan dalam teknologi penting ini. Beliau turut memperincikan kepentingan dan impak teknologi wireless ini kepada fizikal dan rutin kehidupan manusia. Beliau turut berkongsi maklumat tentang perkembangan dan evolusi teknologi wireless ini di masa akan datang. Beliau membayangkan bahawa teknologi ini di masa akan datang mejadi begitu penting malah dianggap sebagai "deria keenam" manusia.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTHM, Profesor Dr. Abdul Aziz Dato' Abdul Samad dalam ucapan penggulungannya merakamkan ucapan tahniah kepada Profesor Ayob atas pidatonya yang menarik dan berkesan. Beliau bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh pemidato bahawa teknologi wireless amat penting dalam kehidupan manusia dan ianya akan terus berkembang pesat dan mendampingi gaya hidup serta tamadun manusia di alaf yang mendatang. Yang menjadi cabaran adalah bagaimana teknologi ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya ke arah kesejateraan sejagat di samping memastikan risiko negatif penggunaan peralatan wireless ini dapat dipantau agar ianya sentiasa selamat digunakan oleh manusia.
|
|
| Last Updated ( Jumaat, 28 Januari 2011 ) |
| Prospective Students |
| Current Students |
| Alumni |