Login | FAQs | About UTHM Portal
Laman Utama arrow Arkib Berita arrow UTHM Gerakkan Misi Bantuan Bencana Banjir di Kota Tinggi dan Segamat
UTHM Gerakkan Misi Bantuan Bencana Banjir di Kota Tinggi dan Segamat Cetak Emel
Hear this article
Prihatin dan rasa tanggungjawab dengan melihat keadaan mangsa banjir di kebanyakan daerah di Negeri Johor, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menggerakkan misi bantuan banjir dalam usaha membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir yang memerlukan bantuan segera.

Misi bantuan ini telah diketuai oleh Profesor Dr. Amir Hashim bin Mohd. Kassim, Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dan disertai oleh kira-kira 30 orang sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa dan staf UTHM. Dua pusat pemindahan yang diberikan bantuan adalah di Dewan Orang Ramai Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, Johor dan di Pusat Komuniti Segamat, Bandar Putra, Segamat, Johor.

Di Dewan Orang Ramai Taman Kota Jaya Kota Tinggi, seramai kira-kira 700 orang penduduk dari 150 keluarga telah diberikan bantuan.  Bantuan yang disalurkan adalah berupa bantuan asas seperti makanan dan peralatan kegunaan harian. Jumlah bantuan adalah sebanyak 700 set dan akan diagihkan kebeberapa lokasi banjir yang lain. Bantuan telah di terima oleh YB Datuk Dr. Adham bin Baba, Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Raja.

Manakala di Segamat, UTHM telah menurunkan Brigade Bencana yang disertai kira-kira 22 orang mahasiswa. Sukarelawan ini telah menjalankan kerja-kerja pembersihan di empat lokasi iaitu Sekolah Kebangsaan Kuala Paya, Sekolah Agama Gemereh, Balai Raya Taman Pelangi dan Masjid Padang Lalang.  



7 Februari 2011

Dikeluarkan oleh:
SHAFRY SALIM
PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
07-4537025 , 019-7571007
Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
Terakhir dikemaskini ( Selasa, 08 Februari 2011 )
 

Pilihan Bahasa

W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
17 May 2012 05:19
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. Hak cipta terpelihara.

Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibilty View activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.


[+]
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • fresh color
  • warm color