Prospek Kerjaya | Prospek Kerjaya |
|
|
|
BIDANG KEJURUTERAAN AWAM DAN ALAM SEKITAR
Kerjaya sebagai Jurutera atau Pembantu Teknik yang bertanggungjawab dalam merekabentuk, membina dan menyelia pembinaan struktur seperti bangunan, jambatan, empangan, lebuhraya, lapangan terbang, pelabuhan, kemudahan rawatan air, rangkaian paip agihan air bersih, sistem pembentungan dan rawatan sisa air, kemudahan saliran serta tapak-tapak pelupusan sisa pepejal & sisa berbahaya. BIDANG KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK Kerjaya sebagai Jurutera atau Pembantu Teknik dalam pelbagai industri seperi telekomunikasi (elektronik perhubungan), sektor perkilangan dan pembuatan (pengalatan & kawalan, mekatronik), industri kesihatan (elektronik perubatan), industri komputer dan teknologi maklumat (sistem maklumat dan kejuruteraan komputer) mengikut pengkhususan masing-masing BIDANG KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN Kerjaya sebagai Jurutera atau Pembantu Teknik dalam sektor perkilangan, pemprosesan, loji kuasa (mekanikal); industri pemprosesan, penjanaan kuasa dan selenggaraan bangunan (loji); industri besi dan keluli serta plastik dan seramik (bahan) mengikut pengkhususan masing-masing selain daripada bekerja sebagai pendidik,penyelidik atau perunding. BIDANG TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN MULTIMEDIA Kerjaya sebagai Jurutera Perisian, Juruanalisis sistem, Perunding Sistem, Pentadbir Sistem, Pengurus Projek dan Pengaturcara Perisian (Kejuruteraan Perisian); Juruanalisis Aturcara, Penyepadu Sistem, Pakar MIS, Pentadbir Pengkalan Data dan Perunding Pengurusan (Sistem Maklumat); Pembangunan Sistem Multimedia, Pereka Grafik, Animasi, Pengaturcara Multimedia (Teknologi Grafik & Multimedia); Perunding Rangkaian, Pentadbir Rangkaian dan 'Web Master'. BIDANG PENDIDIKAN TEKNIKAL Kerjaya sebagai guru-guru teknikal dan vokasional yang lebih fleksibel dan profesional serta memiliki pelbagai latarbelakang pengkhususan teknikal di samping pendidikan yang boleh menyumbangkan kepakaran dalam kerja-kerja pengajaran & pembelajaran berteknologi terkini, penyelidikan dan perundingan. BIDANG PENGURUSAN TEKNOLOGI Kerjaya sebagai Pengurus Teknologi di sektor awam dan swasta di peringkat pengurusan dan eksekutif mengikut bidang pengkhususan masing-masing. Antara bidang yang berkaitan adalah pembangunan dan pembinaan harta tanah, penyelidikan, firma perundingan, perbankan, penilaian dan pentaksiran harta tanah, perancangan ekonomi tanah, pengurusan projek, Superintendent, Meterial Representative, Pengurus Operasi, Production Planning and Control Executive dan Safety and Operation Officer. |
|
| Terakhir dikemaskini ( Selasa, 22 Mei 2007 ) |
| Bakal Pelajar |
| Pelajar |
| Alumni |




