Login | FAQs | About UTHM Portal
Laman Utama arrow Arkib Berita arrow UTHM Holdings Bangunkan Program Akademik untuk IKBN Temerloh
UTHM Holdings Bangunkan Program Akademik untuk IKBN Temerloh Cetak Emel
Hear this article

 

Satu majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara UTHM Holdings Sdn Bhd (anak syarikat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia) dan Sinar Bekal (M) Sdn Bhd telah diadakan pada 13 Februari 2011 yang lalu bertempat di UTHM Business Centre, Bangi.

MoA ini adalah kesinambungan kerjasama terdahulu yang telah dilaksanakan kedua-dua pihak bagi projek Pembangunan, Latihan dan Pemantauan Modul serta Penasihatan bagi Mendapatkan Akreditasi Program (Fasa 2) bagi Pembangunan Program Sijil dan Diploma di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Temerloh, Pahang.

Program Diploma / Sijil yang ditawarkan melalui kerjasama ini adalah Diploma / Sijil Teknologi Automotif, Diploma / Sijil Teknologi Casting dan Diploma / Sijil Teknologi Pembungkusan.

Memorandum Perjanjian telah ditandatangani oleh Encik Baharuddin Mohamed selaku Pengarah Urusan, UTHM Holdings Sdn Bhd dan Tuan Haji Abdul Malik Haji Mahamud selaku Pengurus Besar Projek, Sinar Bekal (M) Sdn Bhd.

Majlis ini telah disaksikan oleh Naib Canselor UTHM, Profesor Dato' Dr. Mohd Noh bin Dalimin, Profesor Dr. Abdul Aziz bin Dato' Abdul Samad, Timbalan Naib Canselor, Akademik dan Antarabangsa UTHM serta Profesor Dr. Noraini Kaprawi selaku pengarah projek perundingan ini.

Di samping Projek Perundingan Program Akademik, pihak UTHM terutama Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan turut menjalinkan kerjasama yang berterusan dengan pihak IKBN Temerloh khususnya dalam menyediakan kursus-kursus pendek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Beberapa kursus telah dijalankan iaitu kursus OBE, Kaedah Penilaian & Pentaksiran, Kursus Tuangan dan Pembungkusan dengan peruntukan dari IKBN Temerloh sendiri. Usaha ini juga akan diteruskan terutama dalam menjalankan artikulasi antara UTHM dengan IKBN Temerloh untuk menyediakan laluan pelajar lepasan diploma khususnya untuk menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana Muda Teknologi di UTHM.

 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
22 Mei 2013 16:16
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. Hak cipta terpelihara.

Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibilty View activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.