Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Mahasiswa Tonjol Kematangan Dalam Pemilihan MPP UTHM 2011
Mahasiswa Tonjol Kematangan Dalam Pemilihan MPP UTHM 2011 Print E-mail
Hear this article
Batu Pahat 23 Februari 2011: Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi tahun 2011 yang berlangsung semalam telah berjalan dengan lancar dan menepati aspirasi Kementerian Pengajian Tinggi dalam memperkasa kualiti dan potensi mahasiswa.

Sebaik simbolik permulaan proses pemilihan disempurnakan oleh Prof Dr. Abd. Aziz bin Dato' Abdul Samad, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP 2011 pada jam 9.00 pagi, para mahasiswa UTHM telah bertali arus melaksanakan tanggungjawab mereka memilih teraju kepimpinan mereka.

Pemilihan dijalankan di empat pusat pengundian iaitu Dewan Tunku Ibrahim Ismail juga sebagai pusat penjumlahan undi, Kampus Bandar, Kolej Kediaman Perwira dan Kolej Kediaman Taman Universiti.

Selepas tamat masa pemilihan tepat jam 4.30 petang, seramai 7,120 daripada 9,390 pelajar berdaftar bersamaan 75.85% telah menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih. Proses pemilihan dilaksanakan secara elektronik (e-voting) yang tenyata begitu efisien serta memberi keselesaan kepada para pemilih membuat pengundian.

Pada tahun ini, seramai 23 calon bertanding bagi merebut 10 kerusi umum dan 36 calon bertanding bagi merebut 20 kerusi fakulti di 7 buah fakulti di UTHM (FKAAS 5 calon bagi 4 kerusi yang dipertandingkan, FKEE 8 calon bagi 4 kerusi yang dipertandingkan, FKMP 8 calon bagi 4 kerusi yang dipertandingkan, FPTPK 5 calon bagi 2 kerusi yang dipertandingkan, FPTEK 3 calon bagi 2 kerusi yang dipertandingkan, FSKTM 3 calon bagi 2 kerusi yang dipertandingkan dan PPD 4 calon bagi 2 kerusi yang dipertandingkan).

Prof. Dr Abdul Aziz bin Dato' Abdul Samad selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP telah mengumumkan calon-calon yang berjaya pada jam 5.30 petang di Dewan Tunku Ibrahim Ismail.

Majoriti calon-calon yang membawa aspirasi kerajaan untuk memperkasakan konsep 1 Malaysia  telah berjaya mendapat tempat di hati pelajar-pelajar UTHM dengan diungguli oleh saudara Mohd. Hafiz bin Ariffin, salah seorang calon popular bagi kerusi umum berjaya mendapat undi tertinggi iaitu sebanyak 4,324 undi diikuti oleh saudari Siti Nur Izwani binti Mansor 4,053 dan saudari Nur Farhana binti Tajudin 3,885.

Menurut Profesor Dr. Abdul Aziz, "Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan proses pemilihan yang berlangsung pada kali ini. Peratusan pelajar yang turun mengundi juga agak baik dan keberkesanan sistem e-voting telah membantu kita mempercepatkan proses penjumlahan hingga membolehkan kita membuat pengumuman keputusan dalam masa kurang satu jam dari masa pengundian ditutup. Saya mengucapkan tahniah kepada seluruh mahasiswa yang telah mempamerkan kematangan dalam memilih pemimpin di sepanjang sesi pemilihan pada kali ini."


--
Shafry Salim
Pegawai Perhubungan Awam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat Johor
Tel.: 07-453 7025 / 019-757 1007
Faks: 07-453 6177
 
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
20 May 2013 12:04
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.