Jenis Pengajian Cetak Emel


Terdapat 2 jenis pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan ia bergantung kepada fakulti yang menawarkannya.

Pengajian Secara Kerja Kursus Sahaja

Secara keseluruhannya, pengajian ini dijalankan melalui kuliah, seminar dan Projek Sarjana. Beban kredit bagi setiap matapelajaran adalah di dalam lingkungan 3 kredit. Kertas projek kajian atau Projek Sarjana (PS) adalah dalam lingkungan 6 - 10 kredit. Bagi pelajar Sarjana Pendidikan, mereka akan melalui Projek Sarjana 1 (2 kredit) dan Projek Sarjana 2 (4 kredit). Manakala bagi pelajar Sarjana Kejuruteraan pula, akan menjalani Projek Sarjana Satu Semester sebanyak 10 kredit.

Pengajian Secara Penyelidikan

Pengajian ini adalah berasaskan sepenuhnya kepada penyelidikan. Pada setiap semester pelajar perlu mendaftar satu matapelajaran utama iaitu penyelidikan di samping matapelajaran umum Universiti dan pra-syarat sekiranya diperlukan. Pencapaian akademik akan dinilai dalam bentuk laporan kemajuan bagi setiap semester berkenaan

Terakhir dikemaskini ( Selasa, 22 Mei 2007 )
 
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2008. Hak cipta terpelihara.

Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.