News Archive
Lebih 1000 warga UTHM sertai perarakan sambutan Maulidur Rasul 1432H | Lebih 1000 warga UTHM sertai perarakan sambutan Maulidur Rasul 1432H |
|
|
|
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Tahun 2011 telah berlangsung baru-baru ini bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII). Lebih 1000 peserta yang terdiri daripada staf dan mahasiswa daripada 16 kontinjen telah menyertai perarakan dan perhimpunan tersebut. Majlis sambutan pada tahun ini bertemakan "1 Malaysia 1 Ummah" bertujuan menyeru seluruh umat Islam supaya bersatu dengan menyayangi agama, bangsa dan negara serta menanam azam bagi melahirkan satu ummah yang mampu membawa kedamaian dan keadilan berpaksikan kepada al-Quran dan sunah. Majlis telah dimulakan dengan perarakan kontinjen dan disusuli dengan perhimpunan di DTII. Perarakan bertambah meriah apabila Profesor Dato' Dr. Mohd. Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM turut serta dalam perarakan tersebut. Bacaan selawat dan paluan kompang telah mengiringi perarakan sejauh 1 km itu. Kumpulan bacaan maulid UTHM telah memperdengarkan bacaan berzanji dan diikuti dengan bacaan selawat beramai-ramai. Pihak Pusat Islam UTHM juga tidak ketinggalan untuk menjemput Ustaz Haji Zamihan bin Mat Zin, Penolong Pengarah, Institut Latihan Islam Malaysia sebagai penceramah jemputan. Beliau berkata,"majlis sambutan seperti ini perlu diteruskan kerana majlis ini merupakan salah satu pendekatan terutama pada remaja khususnya mahasiswa agar kembali mengingati Rasulullah, keperibadian, semangat dan perjuangannya." Selain itu, menurut beliau masyarakat kita sekarang mesti ada kesefahaman, perkongsian pandangan serta pendapat agar tidak terpesong dari ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Beliau menegaskan pada zaman sekarang pelbagai fahaman dan pendapat yang bertentangan telah dibawa masuk dari luar yang boleh memesongkan akidah umat Islam khususnya di negara ini. Dikeluarkan oleh:
Shafry bin Salim |
|
| Last Updated ( Rabu, 09 Mac 2011 ) |
| Prospective Students |
| Current Students |
| Alumni |