Login | FAQs | About UTHM Portal
Laman Utama arrow Arkib Berita arrow Lebih 1000 warga UTHM sertai perarakan sambutan Maulidur Rasul 1432H
Lebih 1000 warga UTHM sertai perarakan sambutan Maulidur Rasul 1432H Cetak Emel
Hear this article

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Tahun 2011 telah berlangsung baru-baru ini bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII).

Lebih 1000 peserta yang terdiri daripada staf dan mahasiswa daripada 16 kontinjen telah menyertai perarakan dan perhimpunan tersebut. Majlis sambutan pada tahun ini bertemakan "1 Malaysia 1 Ummah" bertujuan menyeru seluruh umat Islam supaya bersatu dengan menyayangi agama, bangsa dan negara serta menanam azam bagi melahirkan satu ummah yang mampu membawa kedamaian dan keadilan berpaksikan kepada al-Quran dan sunah.

Majlis telah dimulakan dengan perarakan kontinjen dan disusuli dengan perhimpunan di DTII. Perarakan bertambah meriah apabila Profesor Dato' Dr. Mohd. Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM turut serta dalam perarakan tersebut. Bacaan selawat dan paluan kompang telah mengiringi perarakan sejauh 1 km itu.

Kumpulan bacaan maulid UTHM telah memperdengarkan bacaan berzanji dan diikuti dengan bacaan selawat beramai-ramai. Pihak Pusat Islam UTHM juga tidak ketinggalan untuk menjemput Ustaz Haji Zamihan bin Mat Zin, Penolong Pengarah, Institut Latihan Islam Malaysia sebagai penceramah jemputan. Beliau berkata,"majlis sambutan seperti ini perlu diteruskan kerana majlis ini merupakan salah satu pendekatan terutama pada remaja khususnya mahasiswa agar kembali mengingati Rasulullah, keperibadian, semangat dan perjuangannya."

Selain itu, menurut beliau masyarakat kita sekarang mesti ada kesefahaman, perkongsian pandangan serta pendapat agar tidak terpesong dari ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Beliau menegaskan pada zaman sekarang pelbagai fahaman dan pendapat yang bertentangan telah dibawa masuk dari luar yang boleh memesongkan akidah umat Islam khususnya di negara ini.     

Dikeluarkan oleh:

Shafry bin Salim
Pegawai Perhubungan Awam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Terakhir dikemaskini ( Rabu, 09 Mac 2011 )
 

Pilihan Bahasa

W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
17 May 2012 05:19
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. Hak cipta terpelihara.

Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibilty View activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.


[+]
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • fresh color
  • warm color